Followers

Thursday 22 December 2011

Pesta Muda Mudi..


Assalamualaikum...

phewww ~
alangkah indah nya kalau aku dapat bantal dan selimut tebal dikala hujan lebat gila ni weh..
tapi apa kan daya, dek kerana followers aku yang ramai sangat sangat sedia menanti aku update entry baru , jadi aku ringan kan jari untuk taip jugak !
aku seorang blogger perasan yang terbaek kan? 


cukup intro sikit-sikit..
hari ni aku nak cerita pasal pesta muda-mudi..
bukan yang pak ma'on menari pastu kena kejar ngan mak si nora tu..
bukan yang tu..
yang tu filem P.Ramlee..
ni yang moden punya...
Pesta Pulau Pinang..
jap nak boh gambaq bagi hangpa semua tengok nahh..





Pesta Penang ni memang diadakan pada hujung bulan iaitu pada bulan Disember setiap tahun selama sebulan tanpa henti.
tetiba aku taip ayat macam karangan SPM tahun 2005 dulu pulak.
hahahahha..
sape-sape yang belum pergi lagi , cepat-cepat weh serbu.
tiket nak masuk rm3 je! 
murah kan?
boleh shopping carpet kat dalam tu.
untung-untung bole tackle mat bangla jual carpet dalam tu.
tak bole blah.


Pesta ni memang besar ya amat. kawasan nye memang luas. macam-macam ada. pinjam trademark Astro. jalan punya jalan punya jalan punya jalan , ( banyak langkah la maksud nya ) terjumpa la Taman Mini ni. tapi aku panggil mini i-city. hahaha. pasal apa? meh tengok nih.

nampak muka keriangan tak henggat kiteorang? kannn. memang ketawa besar! hehe. eh, tak nampak sangat mcm i-city ke? jap eh.

aku tengah jampi bersampah kat pokok ni. ahhah. takda motif. 

cantik kan taman ni? ada air terjun segala. ada pokok-pokok lampu. sebab tu aku panggil i-city. ingat shah alam je ada? penang pun ada weh! hahaha. merepek. =.=' rasa nya taman mini ni baru je lagi ada. tahun-tahun lepas macam tak ada lagi.

oopppssss ! macam mana picture ni bole masuk? ^__^

Jelas kelihatan muka keriangan kan? hee ;)

ramai kan pengunjung? meriah sangat pesta ni! masa ni perut aku dah kecut-kecut je rasa. sebab diorang yang lain tengah pilih nak main game yang mana. aku takut. ya, aku mengaku. aku sorang penakut untuk main game yang terlampau mencabar usus perut aku. tapi aku masih cool. buat-buat tangkap gambar.

aku paksa diorang posing, nak snap picture sebab aku tengah cuak nak kena pilih main game. so aku pura-pura busy. krooiihh krooiihh.. =.='

sebelum nak main semua game yang ada, korang kena beli tokens dulu. beli kat sini. nampak banyak kan makhluk Allah beratur nak beli tokens? gula-gula hati aku pun ada. korang nampak? tak nampak takpe , aku nampak. heh! mesti taukey pesta ni kaya raya kan? 

melayan adik-adik aku main game baling-baling bola masuk kan dalam lubang. baling je konon nya dapat hadiah. aah , dapat la hadiah. keychain gambar gajah yang kecik molek. tak berbaloi =.='

masa ni main game tembak-tembak. dapat jugak. dapat perabih duit. habuk pun tak kena. cissss. 

okay , ni part aku paling takut sekali. punya la aku mengalak dari naek challenger, topgun, skyrider, apa ntah nama lagi la kan..aku cakap kat si dea, nak naek euro wheel ni je. pakat-pakat dengan sepupu aku , ajak dea naek yang ni. naseb dea nak! kalo dea nak naek benda alah yang lain tu memang aku muntah hijau lagi kali ni. serius, tahun-tahun lepas aku memang muntah lepas main game yang pusing-pusing tu. aku memang tak tahan. jadi, tahun ni untuk selamat kan diri, aku cakap nak naek ni je. dea pun Okay. tak nak paksa sebab ada adik-adik lain. 

motif : berautur nak naek euro wheel. hahaha. 

muka nampak cool kan? sebenar nya aku baru buka mata disaat nak snap picture. sepanjang dalam tu memang aku tutup mata rapat-rapat. TAKUT weh. ingat kan naek benda ni paling tak takut, tapi ternyata ketakutan lebih menguasai diri. sebab benda ni behenti kat tengah-tengah. memang aku dilahir kan trauma pada ketinggian. tu saja kesimpulan nya. makaseh.

masa kat atas euro wheel tu sempat lah adik aku snap picture seluruh kawasan pesta. besar kan? dan meriah sangat ! best ! 


okay , lepas aku dah pening lalat naek benda alah pusing tu , kiteorang dah bajet nak balik je.. tetiba jumpa pulak gerai jual jersi . sekarang kan musim bola tak habis lagi. adik-adik aku ni pulak semangat sangat nak baju bola. yang laki tu takpe lah, kot dea nak pakai masa main bola petang-petang. ni yang perempuan. motif? tak faham aku. tapi aku beli kan jugak. siap nak cop nama dan nombor kat belakang. FREE. so , aku okay kan je.

ni la contoh baju yang dah siap. 


lama jugak kiteorang pusing-pusing kat sini. sampai dah naek pening. pukul 12malam baru gerak balik. tu pun ramai orang lagi kat dalam pesta. banyak jualan murah jugak.. tapi disebab kan sekarang musim aku shopping , so aku pejam kan mata je. beli benda yang merapu je. cuci-cuci mata. okay la kan?

so , siapa yang tak pergi lagi pesta penang, cepat-cepat pergi. korang boleh jerit-jerit keluar anak tekak jugak kat situ. aku tanak. memang aku penakut dengan benda-benda macam ni. hahaha. aku tanak episod muntah hijau macam tahun lepas berulang lagi. hihihi. 


Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya







2 comments: