Followers

Monday, 26 December 2011

cuti sekolah itu enak


Assalamualaikum...

phheewwww~
hari ni wa punya lah bertungkus lumus siap kan kerja , 
demi nak meng-update blog..
setelah sekian lama wa biar kan lu orang baca entry-entry wa yang dah basi..
mesti lu orang rasa nak muntah kan..
wa pun sama !
hohoho ~
betapa wa komited demi nak hidang kan entry terbaru untuk lu orang baca sambil mengumpat dalam hati.
tah pape je aku rasa blog dea nih!
kah kah kah.
whatever~


rasa nya minggu ni dan akan datang adalah minggu paling bosan.
diulangi BOSAN.
sebab aktiviti aku hanya kerja kerja kerja dan kerja.
disebab kan aku bekerja sendiri , 
jadi aku harus berusaha demi nak mendapat kan sesuap nasi.
baris kat atas ni macam karangan bahasa melayu darjah 6 aku dulu.

memandang kan sekarang ni cuti sekolah dah tinggal saki baki je nak habis..
aku pun sibuk nak memaju kan lagi perniagaan..
selain dari aku ber-pesbuk time kerja.
heh!

masa kecik-kecik dulu  , bila cuti tinggal beberapa hari cuma , aku mula merasa kan kalendar di rumah aku tak betul.
" mak , kenapa calendar ni tulis cuti dah nak habis. tuka kalendar baru lah mak ! "
piiiaapppp. 
lekat penampar manja sedas kat pipi kiri.


tiada apa yang seronok bila nak buka sekola tahun baru ,
kecuali mak buat kan uniform sekolah yang baru..
abah beli kan beg roda colour pink yang baru..
mak beli kan kasut sekolah putih bercahaya yang dari jauh sudah kelihatan..
esok nya nak hari pertama sekolah pada tahun baru ,
malam nya tu aku dah siap-siap pakai kasut sekolah tersebut sambil tidur.
kah kah kah.
buruk sungguh perangai.


dan sekarang , aku cuma senyum bila tengok adik-adik lain excited shopping barang sekolah nak masuk semester baru ni.
wa rindu ouh kenangan shopping barang sekolah. mana nak dapat lagi.
mana sama dengan aku tolong beli kan barang-barang sekolah untuk adik aku yang kecik tu nak amek PMR tahun depan.
banyak beza nya.
dulu mak aku keluar kan duit untuk aku.
tapi sekarang aku kena keluar kan duit untuk adik aku pulak.
itu yang nampak sangat tak adil nye!
huh!

lepas business dah agak kukuh , aku ada misi lain pulak nak dilancar kan.
maybe masa tu aku sibuk ya amat tahap presiden amerika la weh.
please , sila jangan fikir misi yang aku maksud kan adalah nak kawen..
tidak sama sekali..
aku ada misi baru demi mengembang kan lagi business yang sedia ada..
business apa?
nanti kalo jadi baru aku cerita lah.
kang tak jadi , ramai pulak stalker yang mengumpat aku berkilo-kilo.
" alaa, mira tu! beria je nak business tapi tak jadi pun. tah pape je. "
aku agak macam tu la kira nya umpatan dan hinaan yang bakal diterima.
kah kah kah~


tapi tak kisah lah , aku akan berusaha!
demi mak abah dan adik-adik aku.
InsyaAllah..
nanti kalau jadi business tu , aku belanja korang ice-cream mini cornetto sorang satu okay?


Be Positive and Be The Real You , 
Mirra Miya







4 comments:

  1. i xnak eskem conettO.. nk almOnd belgium cam lam iklan tv tu muleyh x? muahahaha

    ReplyDelete
  2. Ibby : oke oke. u sorang je i belanja special ckit. heheh ;))

    ReplyDelete
  3. hahaha tqqqqq nie sayangggg u lebeyh nie :P (bOdek) miahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahah. takpe, I lagi sukaaaa ;)

    ReplyDelete