Followers

Saturday, 31 December 2011

Welcome 2012



Assalamualaikum....

Alhamdulillah..
kita semua masih bernafas di tahun baru 2012..
Sila jangan tanya kat mana aku celebrate new year..
sebab aku memang tak celebrate !
secebis bunga api pun aku tak tengok.
heh!
Lantak ahh korang nak cakap aku tak remaja pun.


Malas pulak rasa nya nak celebrate bagai, sebab letih kerja di siang hari nya tu..
Nak sesak di tengah orang ramai demi nak menjerit melihat bunga api.
ciss , dah tentu ada aroma ketiak yang kurang senang dapat aku hidu nanti..
Tekanan nak mencari parking kereta lagi , nak je aku rasa parking kat atas bumbung kereta orang lain..
dah bersesak tu nanti , buat nye terjumpa cinta lama ke hape , mula la mood new year aku terhakis..
Jadi , secara kesimpulan nak bagi alasan kenapa tak celebrate new year , memang aku MALAS nak celebrate.
diulangi , MALAS..

Tahun Baru 2012 ,
aku harap kan yang lebih baek dari sebelum nya..

dari tak pandai tukar tayar kereta yang pancit , menjadi seorang super woman yang mampu menukar tayar dengan hanya sebelah tangan saja. heh!


dari terkial-kial nak meng-style kan pemaikan shawl ,
menjadi seorang gadis yang homaigod superb nye kau memakai hijab !


dari merangkak-rangkak nak memajukan business family , 
menjadi seorang yang ternama dan membangga kan. ( yang ni paling payah rasa nya)


dari hanya pandai mengoreng telur dadar ,
menjadi master chef Malaysia..


dari bujang trang tang tang ,
menjadi seorang isteri yang mantopp.. opsssss!!
Walau apa pun azam dan impian kita , yang penting kita masih ingat dan tahu siapa diri kita.. siapa keluarga kita..agama kita..dan dimana bumi kita berpijak.. 

Apa azam korang? 
meh la cerita , malu nak cakap kat sini , ce drop mesej je ! 
heh!

Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya

2 comments:

  1. Lahh.. kenapa pulak baris ayat " siapa keluarga kita..agama kita.." tu font jadi kecik? sorry guys , typing error ! :(

    ReplyDelete
  2. hahaha.... azam taOn lepas ade lg yang belum tercapai... >,<

    ReplyDelete