Followers

Wednesday 20 February 2013

Kelupaan.

 
 
Assalamualaikum...
 
Aku ada satu habit. Tak tahu la nak cakap habit ke tabiat ke apa.
tapi daya ingatan aku ni memang lemah.
bukan lembab oke, lemah.
 
Aku selalu cakap memory aku low, belum upgrade lagi.
pakai memory card kecik. 1gb je.
hoh. ayat macam nak lempang lelaju kan?
kau ingat otak kau memory card henpon? bongek.
 
 
Mungkin aku selalu ter-makan semut?
ter-minum minuman yang ada semut?
atau aku tak amal kan makan kismis sejak kecik??
ehh, masa kekecik dulu aku selalu ahh makan kismis 7 bijik dan selawat.
masa tu nak amek upsr. heh. kau hado?
harap nak amek upsr je lepas tu bijik kismis pun aku tak jumpa.
ada la jumpa bila mak aku masak nasi merah.
tak pulak aku makan. Ada ke nasi nak makan dengan kismis? tak sedap.
Kannn? Mohon mak aku tak baca entry ni.
 
 
Kejadian-kejadian lupa ni memang kerap sangat jadi kat aku.
Siryes..aku memang selalu lupa..tertinggal la terlupa amek laa..
agak rasa nak sepak je diri aku sendiri bila aku terlupa..
 
 
Contoh 1 : kelam kabut mencari sijil-sijil nak ke interview. Yes. sijil-sijil aku menduduki carta pertama dalam barang yang aku selalu lupa kat mana letak. kekadang bebulan sijil tu duduk dalam keta, aku tak sedar. kekadang sijil tu termasuk bawah katil, pun aku tak sedar. dan kekadang sijil tu termasuk dalam almari buku adik-adik aku. kau bayang kan macam mana kelam kabut tegedik terkinja-kinja aku mencari. sebab nya lagi setengah jam nak gerak, baru aku mencari. Dan keadaan ni sangat lah disedari oleh mak abah adik- adik dan sepupu sepapat semua.
 
 
 
 
 
 
contoh 2 : Kunci kereta. Ni pun menduduki carta antara yang teratas dan cemerlang dalam bab kelupaan aku. Korang tahu, penah sekali aku datang kerja. Nak kuar lunch tengah hari pukul 12. Sampai je kat keta aku teraba-raba handbag dok mencari kunci. Memang merapak rak.. kelam kabut cari tak jumpa-jumpa.. masuk balik office, cari dalam laci. Tak da jugak. Sekali kau tahu kat mana? Dalam kereta. dekat bawah stereng tu. Demmm. Aku bila kuar keta, aku suka tekan lock siap-siap pastu hempas pintu keta kuat-kuat. agagaga. buruk perangai. dah tu, macam mana aku nak amek kunci tu dengan pintu keta suma lock? Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati sangat dengan kunci keta. aku tak lock dari dalam lagi. sebab si dea dah repair, dah tak bole tekan lock dari dalam. mesti kena pakai kunci jugak. so aku tak kan tertinggal kunci tu kat dalam lagi.
 
 
 
 
contoh 3 : kad bank. Tahu tak? sampai sekarang aku tak tahu kad bank islam aku kat mana. siryes, memang dissapear. hilang tak ketahuan hala. tak dijumpai. Nak kata jatuh, tak mungkin. sebab kad-kad yang lain ada lagi. kad bank islam tu memang aku jarang guna. masa study dedulu je guna. now, aku bole buat bodo je. bole ke?
 
 
 
 
contoh 4 : kat opis ni aku la admin, aku la clerk dan aku la receptionist. Haa, hebakk tak suma jawatan aku sapu.. Bila boss call aku, kata nya pukul 1 pasang aircond dan lampu kat bilik meeting. aku tengok jam. Ouh lima belas minit lagi. rileks ahh. layan-layan pesbuk..baca blog.. sekali bagai nak terhentak dada aku, tengok jam dah 1.30 ! baru aku terhegeh-hegeh nak pasang aircond. letak suhu 18. kekonon cepat sejuk dan boss mesti ingat aku da pasang right on time. lantak kau boss, beku lah kat dalam tu nanti.
 
 
 
 
contoh 5 : Panadol ni dah macam jadi makanan ruji dalam rumah aku. Over sangat taw makanan ruji.. Okay, yang nama selalu saket ni memang aku lah.. dan mak aku.. abah aku memang kategori kena amek ubat tiap hari.. tu lain cite lah. Aku ngan mak memang selalu migraine. Bole tak, bila mak order panadol , sos cili , telur 10 biji ngan tepung gandum lepas tu aku balik umah tanpa beli panadol. Padahal mak aku dah macam nak pecah kepala tengah menahan saket. Bukan sekali jadi, dah berkali-kali. Aku tak tahu apa masaalah aku dengan panadol..
 
 
 
 
 
 
contoh 6 : Dalam kepala otak aku memang dah set time. pukul 11.30 je abang tu akan masuk jual makanan. Dea park van kecik comel tu kat kantin so aku menapak la ke kantin. bila pukul 10 selalu perut aku dah ber-gangnam mintak penampar. heh. Mintak diisi makanan. macam biasa, aku sibuk baca blog , baca gosip , baca hal hal semasa , sedar-sedar kau tahu pukul berapa? 12 tgh hari. abg van tu siap lalu lambai2 tangan depan aku. deeemm. time tu aku rasa nak penampar diri sendiri.
 
 
 
 
contoh 7 : Jemputan kawen. Haa, ni satu lagi. kalo sesapa invite aku kat pesbuk memang aku kurang nak layan. sebab aku rasa orang yang invite tu dea tekan invite all dan kurang ikhlas menjemput. kecuali dea send inbox dan jemput aku. Tapi masaalah aku ialah, aku memang susah nak ingat date-date macam ni. kalo hantar kad atau panggil mulut sendiri pun aku cepat lupa. orang tu kena ingat kan dua tiga kali atau aku kena tanya kat mak abah aku. *macam aku orang penting je nak kena ingat berkali-kali kan? over sangat*  sedar-sedar je orang tu dah bersanding tup tup lepas tu dah dapat anak sorang.
 
 
 
contoh 8 : Yang ni aku tak tahu nak letak carta number apa. sebab memang tak penah boleh dipecah kan rekod. aku cepat lupa nama orang. Siryes weh. aku dah kena sumpahan ke hapa tapi memang aku selalu lupa nama orang. Nak nak kalo orang tu aku dah lama tak jumpa. Orang-orang yang selalu dengan aku ofcourse lah aku ingat. ni yang jarang-jarang atau dah lama tak jumpa. sah sah aku lupa nama beliau. Tak bole buat kawan kan aku? oke foinee.
 
 
 
contoh 9 : Pernah jugak, aku call sesapa pastu lupa apa benda yang aku nak cakap. Rasa macam ada benda aku nak tanya tapi terlupa. lepastu merepek cakap benda lain. Dah letak fhone, baru ingat balik apa benda. Bongek. Selalu jugak kejadian ni berlaku pada aku. haih. membelenggu jiwa raga.
 
 
 
 
 
contoh 10 : aku dah lupa nak type apa kat contoh number 10 nih. bhahahaha. siryes aku dah lupa. dan aku rasa aku macam dah penah buat lah entry pasal lupa lupa ni. dah ke? tak ke? Ntah. See.. aku lupa lagi.. haihhh..
 
 
 
Aku rasa semua orang pun ada habit terlupa ni jugak kan? cuma dalam keadaan yang berbeza. Tapi bagi aku , rasa macam teruk je habit terlupa aku nih. dah tua esok tak tahu macam mana ye dop? Suma asyik nak terlupa. cuma aku sentiasa ingat siapa diri aku walau kekadang ada jugak terlupa kejap bila dah over excited. ngeh ngeh.
 
 
 
*Dedulu aku penah excident dan kena scan pala hotak sebab doctor tu syak aku dah hilang ingatan. Bongek. Ayat doctor tu memang aku ingat sampai sekarang.
 
 
Thanks for reading !
 
 
 
 
Be Positive and Be The Real You
MirraMiya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday 19 February 2013

6 Tahun Yang Lalu

 
 
Assalamualaikum...
 
hari ni kita back to 6years aku..
masa aku berusia 19 tahun..
di bumi Ipoh mali talak sombong..
location : Taman Cempaka. rumah sewa aku sewaktu bergelar seorang pelajar.
 
Waktu tu semester kedua..
aku ada 2 orang lagi housemate..
nama nya Ayu keding..
dan Iera..
 
Pada usia aku 19- ke 20 tu aku amat lah bangga kerana aku kurus.
selim melim. slim river dan ramping kemain lagi.
berat badan masa tu 42-43kg je, tahu..
Ayu pulak lagi la ringan, dalam 38kg mcm tu je. Memang keding sungguh ayu tu.
 
Si iera ada moto. Bila nak ke kelas dea akan tumpang kan si ayu sebab diorang ni satu kelas , maka nya aku harus lah menapak lebih kurang 2kilometer sehari setiap pagi dan petang. dek kerana umah aku nun jauh nak ke bukit dan kampus aku pulak humangaih jauh.. Namun terpaksa jugak aku redahi..
cool je pakai baju kurung bejalan pegang payung. bila panas terik dan haus , rileks je singgah makan ais kacang atau air kelapa lemon kat tepi jalan tu. kau mampu? heh.
 
Bila malam menjelang, perut dah memasing kebulur nak makan..
si Iera selalu nya keluar dating dengan boipren dea..
tapi Ayu memang manusia yang penting kan kawan lebih dari boipren..
Nak keluar makan dea mesti hangkut aku sekali..
Gila tak kan aku nak berjalan kaki sorang2 waktu malam kan?
Ayu pun paksa boipren dea hangkut dengan aku aku sekali nak pegi makan..
aku nama kan boipren dea sebagai T
sebab, malas ahh tu 6thn lepas. Now diorg dah break off.
dan si T tu dah nak kawen dengan pasangan dea. so aku malas nak mention nama betul.
 
Okeh, si T ada moto nih..
jeng jeng jeng jenggggg..
 
lu orang jangan nak cakap kawan wa mat rempit pulak...wa debik lu kang!
 
Haa,
Tetiap hari la si T nih akan berhangkut aku dan ayu untuk pegi makan.. Tak kira lah malam ke siang ke..mesti dea kena hangkut..
 
Contoh : Nak gi makan kat mamak , dea hantar aku dulu..lepas tu dea patah balik ambil gelpren dea pulak..
 
Macam gitu lah selalu nya..
Kekadang aku kesian sebab terasa macam menyusah kan diorang dan ganggu la diorg nak candle light dinner bagai kan..
Tapi si Ayu dan T ni memang gigih.. Paksa jugak jugak aku ikut..
 
Sampai la 1 malam ni..
si T tetiba bagi idea gila..
dea tanak lagi hangkut-hangkut..
dea suruh naik bertiga terus..
bhahahahahahahahaha..
sumpah weh aku naik ngan diorang...
kau bayang kan aku kurus je masa tu..
ayu dah memang cikeding..
T pun tak besar mana..
muat weh rxz naik ber tiga..
kau bayang kan..
bayang cepat..
bayang..
bayang..
 
memang kteorang naik bertiga pegi kedai makan kat benteng dalam TC tu..
wakakakakkakakakkaka..
 
malu jugak, dah tua bangka nak naik moto bertiga...
kteowang bantai gelak sepanjang perjalanan..
Helmet dah memang tak pakai sebab kedai tu dalam taman jugak..
kau bayang kalo tiga-tiga pakai helmet, macam mana buruk nye...
huuu~
 
Korang tahu la kan, jadi pelajar ni mana nak ada duit sangat..
ada la dapat PTPTN tapi haremm sebulan lebih habis suma duit..
macam aku, aku bagi separuh kat mak aku..
lagi separuh kekonon nye nak buat beli buku bagai tapi joli je lebih..
dua tiga minggu bole la makan fish and chip, lepas tu kau makan nasi kosong letak kicap dengan telur goreng je lah..
Sampai satu tahap aku, ayu dan T tak bole nak kuar makan lagi..
bukan sebab tayar moto pancit atau helmet kena rembat kat jusco..
Tapi sebab masalah kewangan..
sedih tahuuuuu...
 
korang tahu apa si T buat?
dea pegi jual darah kat hospital..
aarr..jual darah oke..
 
sebenarnya, bukan jual.. tapi derma darah..
bila kau derma darah kat hospital, nanti kau akan dapat 50hengget..
bila dengar macam tu, terus kteorang cakap tu bukan derma tu jual nama nya..
lepas tu T terus bawak ayu dan aku makan kat benteng...
benteng lagi.. haa, tu memang port makan murah..
 
Pernah jugak satu masa ni ,
kteorang takda modal lagi nak makan..
nak makan kat benteng ke beli nasi lemak kat hujung lorong ke apa suma tak mampu..
si T ni asal kuala kangsar..
dea start moto, isi minyak pecut balik kuala kangsar..
pastu dea datang balik..
korang tahu dea buat apa??
dea tapaw makanan kat kteorang...
mak dea buka gerai..
jual laksa kuala..
pergghhh memang terbaik dari ladang laksa mak dea wehh..
laksa beras.. buat sendiri oke..
berbungkus-bungkus dea bawak balik..
siap ada lauk pauk lagi..
simpan dalam peti , malam dan esok nya ulang makan itu je..
 
 
kesimpulan untuk entry aku kali ni adalah nilai dan erti persahabatan tu..
korang bole dapat kawan macam ni?
kekadang bila aku balik dari kampung naik bas , T jugak yang amek aku kat medan gopeng...
bila aku demam, excident, diorang yang tunggu aku kat hospital...
bila tak larat nak jalan kaki ke kelas, diorg tolong hantarkan..
bila takda duit, sesama kebulur..
bila banyak duit, sesama makan sampai nak pecah perut..
hehehehe.
 
Rasanya nilai persahabatan macam ni memang susah aku nak cari ganti..
sampai sekarang, even dah jarang jumpa tapi diorang tetap ada dalam hati dan setiap doa aku..
Jasa dan budi baik diorang memang aku kenang sampai mati.. pheeww~
rindu zaman dedulu..
*lap air mata kat pipi*
oke poyo.
 
 
Thanks for reading!
 
Be Positive and Be The Real You,
MirraMiya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday 18 February 2013

Ouh Eiffel Tower.

 
 
Assalamualaikum..
 
Pernah? pernah? Pernah apa? tetiba tanya pernah..
 
Pernah ke tengok cite indon tajuk Eiffel i'm in love?
 
best wehh.. ala yang diorang konon nya dah dijodohkan dari kecik-kecik.. pastu hero nye duduk kat Paris , heroin dea duduk kat Jakarta.. Bila jumpa, diorg suka gaduh-gaduh tuuu.. ingat tak ingat tak?
rugi siapa tak tengok..zaman gua sekolah dulu balik-balik sekolah campak beg terus on dvd cite nih taw.. now dvd tu dah hilang..
hurmm. sad life. :'(
 
Takkkk..
bukan cite tu yang menjadi persoalaan nya sekarang nih , aku nak cite pasal menara. tahu menara? tower. bukan towel lah. tower. eiffel tower.
Muda remaja macam aku ni, mesti ada keinginan nak ke Paris kan? Sapa dah penah pegi sila jangan ketawa kan aku. Wa debik lu kang.
Tak tahu la apa tarikan dengan menara tu sampai semua pasangan yang berchenta kemain gedik nak kesana.
MOTIF?? tak tahu. tapi aku pun kemain letak Paris-Eiffel Tower dalam wish list tempat yang aku nak sangat jejak.
apa ada kat sana? aku tak tahu. Sila tanya encik google atau pada manusia yang pernah kesana.
 
Idaman manusia ketika ini dan dari dulu kala. Ouh, eiffel tower..i'm in love..*tetiba*
 
 
tapi kenapa asal kan nak port ala ala romantic je mesti nak ke Paris yakni Eiffel Tower?kalo dah bab shopping tu aku faham lah kenapa nak ke Paris, tapi yang nak ala-ala romantik tu kenapa nak Eiffel Tower jugak-jugak?? Apa dalam Malaysia tak cukup?
 
Contoh nya macam ni :
 
 
Taw tak apa ni? Menara Aloq Staq habaq hang..
 
kenapa tak memilih lokasi romantik macam ke menara aloq staq jaa? cool apa weh. Sila jangan kutuk aku. aku pernah ke sini. dua kali oke. dua kali.
aku bangga apa. heh.
sekali masa form1. lawatan sekolah. sekolah korang ada? heh.
kali kedua masa..ermm..baru lagi dalam bulan 12 ke 1 ntah..
ada la kenangan nya tapi aku tak bole nak share gambar tu kat sini.
Cool wehh, sama je aku rasa macam eiffel tower sebab bole naik lift tinggi-tinggi pastu tengok pemandangan. oke foine.
memang pemandangan tu berbeza, tapi kita tetap dibawah 1 langit yg sama. *tetiba* maksud aku, kau tetap nampak langit dan matahari terbenam.. See, memang cool. aku tengok matahari terbenam masa tu.. SubhanaAllah ciptaan Allah tu sangat indah..
Ada restoran berputar. oke, yang itu aku tak masuk. Ntah kenapa masa tu excited sangat dok teropong-teropong orang dan tak rasa nak masuk restoran berputar tu pun.
So, sila la kunjugi Menara Alor Star untuk feeling-feeling romantik sambil melihat pemandangan milik Allah yang maha hebat.
 
Tak puas hati lagi?
Ouhh jauh ekk nak pegi Kedah?
takpe takpe, ada lagi menara-menara yang best kat Malaysia..
Jap ekk..
 
 
Taraaaa.. Menara condong Teluk Intan..
 
Terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Yes, tanah tumpah nye negeri kelahiran dahku.
Tapiiiiiii.. sila jangan marah, aku pun tak penah sampai lagi kat menara nih. kihkihkih. Negeri lain ade ke menara condong cenggini? takde kannnn? hiks!
Aku suka menara ni sebab bila aku tengok, kepala aku pun mesti condong sekali. Motif? Ntah. Nak tahu, jom kita pegi ! pun bole tengok pemandangan yang indah cuma tak la sampai setinggi Eiffiel Tower tu. tapi cool what , Paris takde menara condong.. huu~
 
 
 
Aku rasa ni point paling besar. KLCC. ni kan kebanggaan negara.
 
Apa salah nya weekend je nak amek mood romantik pegi jelah KLCC.. kalo nak tengok ramai mat bangla, nepal , myanmar melepak pun bole jugak... =.='
dan juga menipis kan poket pun bole kat cni..
tak ke sama je macam eiffel tower?? Tak jugak? tak sama jugak? pedulik ~~
 
Moral of the story , pergilah kemana pun korang nak pegi sebab bukan nya pakai duit aku. wakakakaka.
tak tak..
Pepatah kata : jauh perjalanan luas pemandangan. So tak salah. Aku tetap jugak nak ke Eiffel Tower tapi selepas aku dapat ke Mekah. InsyaAllah. ;)
 
 
 
Be Positive and Be The Real You,
MirraMiya