Assalamualaikum...
Aku ada satu habit. Tak tahu la nak cakap habit ke tabiat ke apa.
tapi daya ingatan aku ni memang lemah.
bukan lembab oke, lemah.
Aku selalu cakap memory aku low, belum upgrade lagi.
pakai memory card kecik. 1gb je.
hoh. ayat macam nak lempang lelaju kan?
kau ingat otak kau memory card henpon? bongek.
Mungkin aku selalu ter-makan semut?
ter-minum minuman yang ada semut?
atau aku tak amal kan makan kismis sejak kecik??
ehh, masa kekecik dulu aku selalu ahh makan kismis 7 bijik dan selawat.
masa tu nak amek upsr. heh. kau hado?
harap nak amek upsr je lepas tu bijik kismis pun aku tak jumpa.
ada la jumpa bila mak aku masak nasi merah.
tak pulak aku makan. Ada ke nasi nak makan dengan kismis? tak sedap.
Kannn? Mohon mak aku tak baca entry ni.
Kejadian-kejadian lupa ni memang kerap sangat jadi kat aku.
Siryes..aku memang selalu lupa..tertinggal la terlupa amek laa..
agak rasa nak sepak je diri aku sendiri bila aku terlupa..
Contoh 1 : kelam kabut mencari sijil-sijil nak ke interview. Yes. sijil-sijil aku menduduki carta pertama dalam barang yang aku selalu lupa kat mana letak. kekadang bebulan sijil tu duduk dalam keta, aku tak sedar. kekadang sijil tu termasuk bawah katil, pun aku tak sedar. dan kekadang sijil tu termasuk dalam almari buku adik-adik aku. kau bayang kan macam mana kelam kabut tegedik terkinja-kinja aku mencari. sebab nya lagi setengah jam nak gerak, baru aku mencari. Dan keadaan ni sangat lah disedari oleh mak abah adik- adik dan sepupu sepapat semua.
contoh 2 : Kunci kereta. Ni pun menduduki carta antara yang teratas dan cemerlang dalam bab kelupaan aku. Korang tahu, penah sekali aku datang kerja. Nak kuar lunch tengah hari pukul 12. Sampai je kat keta aku teraba-raba handbag dok mencari kunci. Memang merapak rak.. kelam kabut cari tak jumpa-jumpa.. masuk balik office, cari dalam laci. Tak da jugak. Sekali kau tahu kat mana? Dalam kereta. dekat bawah stereng tu. Demmm. Aku bila kuar keta, aku suka tekan lock siap-siap pastu hempas pintu keta kuat-kuat. agagaga. buruk perangai. dah tu, macam mana aku nak amek kunci tu dengan pintu keta suma lock? Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati sangat dengan kunci keta. aku tak lock dari dalam lagi. sebab si dea dah repair, dah tak bole tekan lock dari dalam. mesti kena pakai kunci jugak. so aku tak kan tertinggal kunci tu kat dalam lagi.
contoh 3 : kad bank. Tahu tak? sampai sekarang aku tak tahu kad bank islam aku kat mana. siryes, memang dissapear. hilang tak ketahuan hala. tak dijumpai. Nak kata jatuh, tak mungkin. sebab kad-kad yang lain ada lagi. kad bank islam tu memang aku jarang guna. masa study dedulu je guna. now, aku bole buat bodo je. bole ke?
contoh 4 : kat opis ni aku la admin, aku la clerk dan aku la receptionist. Haa, hebakk tak suma jawatan aku sapu.. Bila boss call aku, kata nya pukul 1 pasang aircond dan lampu kat bilik meeting. aku tengok jam. Ouh lima belas minit lagi. rileks ahh. layan-layan pesbuk..baca blog.. sekali bagai nak terhentak dada aku, tengok jam dah 1.30 ! baru aku terhegeh-hegeh nak pasang aircond. letak suhu 18. kekonon cepat sejuk dan boss mesti ingat aku da pasang right on time. lantak kau boss, beku lah kat dalam tu nanti.
contoh 5 : Panadol ni dah macam jadi makanan ruji dalam rumah aku. Over sangat taw makanan ruji.. Okay, yang nama selalu saket ni memang aku lah.. dan mak aku.. abah aku memang kategori kena amek ubat tiap hari.. tu lain cite lah. Aku ngan mak memang selalu migraine. Bole tak, bila mak order panadol , sos cili , telur 10 biji ngan tepung gandum lepas tu aku balik umah tanpa beli panadol. Padahal mak aku dah macam nak pecah kepala tengah menahan saket. Bukan sekali jadi, dah berkali-kali. Aku tak tahu apa masaalah aku dengan panadol..
contoh 6 : Dalam kepala otak aku memang dah set time. pukul 11.30 je abang tu akan masuk jual makanan. Dea park van kecik comel tu kat kantin so aku menapak la ke kantin. bila pukul 10 selalu perut aku dah ber-gangnam mintak penampar. heh. Mintak diisi makanan. macam biasa, aku sibuk baca blog , baca gosip , baca hal hal semasa , sedar-sedar kau tahu pukul berapa? 12 tgh hari. abg van tu siap lalu lambai2 tangan depan aku. deeemm. time tu aku rasa nak penampar diri sendiri.
contoh 7 : Jemputan kawen. Haa, ni satu lagi. kalo sesapa invite aku kat pesbuk memang aku kurang nak layan. sebab aku rasa orang yang invite tu dea tekan invite all dan kurang ikhlas menjemput. kecuali dea send inbox dan jemput aku. Tapi masaalah aku ialah, aku memang susah nak ingat date-date macam ni. kalo hantar kad atau panggil mulut sendiri pun aku cepat lupa. orang tu kena ingat kan dua tiga kali atau aku kena tanya kat mak abah aku. *macam aku orang penting je nak kena ingat berkali-kali kan? over sangat* sedar-sedar je orang tu dah bersanding tup tup lepas tu dah dapat anak sorang.
contoh 8 : Yang ni aku tak tahu nak letak carta number apa. sebab memang tak penah boleh dipecah kan rekod. aku cepat lupa nama orang. Siryes weh. aku dah kena sumpahan ke hapa tapi memang aku selalu lupa nama orang. Nak nak kalo orang tu aku dah lama tak jumpa. Orang-orang yang selalu dengan aku ofcourse lah aku ingat. ni yang jarang-jarang atau dah lama tak jumpa. sah sah aku lupa nama beliau. Tak bole buat kawan kan aku? oke foinee.
contoh 9 : Pernah jugak, aku call sesapa pastu lupa apa benda yang aku nak cakap. Rasa macam ada benda aku nak tanya tapi terlupa. lepastu merepek cakap benda lain. Dah letak fhone, baru ingat balik apa benda. Bongek. Selalu jugak kejadian ni berlaku pada aku. haih. membelenggu jiwa raga.
contoh 10 : aku dah lupa nak type apa kat contoh number 10 nih. bhahahaha. siryes aku dah lupa. dan aku rasa aku macam dah penah buat lah entry pasal lupa lupa ni. dah ke? tak ke? Ntah. See.. aku lupa lagi.. haihhh..
Aku rasa semua orang pun ada habit terlupa ni jugak kan? cuma dalam keadaan yang berbeza. Tapi bagi aku , rasa macam teruk je habit terlupa aku nih. dah tua esok tak tahu macam mana ye dop? Suma asyik nak terlupa. cuma aku sentiasa ingat siapa diri aku walau kekadang ada jugak terlupa kejap bila dah over excited. ngeh ngeh.
*Dedulu aku penah excident dan kena scan pala hotak sebab doctor tu syak aku dah hilang ingatan. Bongek. Ayat doctor tu memang aku ingat sampai sekarang.
Thanks for reading !
Be Positive and Be The Real You
MirraMiya.
bhahaha , kena sumpahan nenek bongkok kot .
ReplyDelete