Followers

Friday, 30 December 2011

Kenangan Manis Bak Gula


Assalamualaikum..

Apa yang korang rasa , bila korang dah siap menaip entry panjang lebaQ , 
tetiba boleh pulak TER tekan delete?
Rasa macam nak hempuk-hempuk laptop kan?
Yes , itu la yang aku rasa kan sekarang.
Naseb lah lappy ni dah uzur , jadi aku meletak kan sedikit lagi kesabaran di minda aku.
tak pe Mira , hari ni kan tak sibuk sangat , type lagi sekali lah. 


Pejam celik pejam celik pejam dan celik lagi .
esok adalah hari terakhir bagi tahun 2011
lusa dah masuk tahun baru 2012..
Alhamdulillah , aku masih bernafas di ketika ini dan sekiranya umur panjang aku dapat meneruskan hidup di tahun 2012 pulak.
Baris di atas ni memang ayat keinsfan sebagai muslim yang kerdil.

Sepanjang tahun 2011 ni dah banyak kenangan manis bak gula dan juga kenangan pahit bak hempedu yang aku telah lalui.
korang pun sama kan? kan? kan?
Tapi dah tentu lah , kenangan manis bak gula yang korang akan ingat dan senyum-senyum kambing bila teringat sengsorang kan...
Kenangan pahit bak hempedu pulak , dah tentu korang akan lempar jauh-jauh ke loji kumbahan dan tanak ianya berulang lagi dan lagi..



Entry kali ni aku nak sher secebis kenangan manis yang aku ada untuk aku terus ingati.
meh kita sher sama-sama ! ;)



Antara nya ialah..jeng jeng jeng *music suspen*
  • Berkhidmat di Airport Penang. yang ni aku paling suka sebab hari-hari dapat usyar Pilot segak bergaya yang menjinjit briefcase sebelum menerbangkan diri beliau. bila aku senyum sampai telinga , Pilot tu tak senyum pun balik. kahkahkah. takpa , aku cool. maybe pilot tu mata juling , dea tak nampak aku berjalan sebelah dea.

  •  Cuti-cuti Malaysia. takda la banyak mana pun. di celah pulau , atas bukit , di celah pokok strawberry , kesesatan jalan di kota raya , bermandi manda di Tambun , sempadan Siam , reunion kat tempat study yang lama.. hurmm..kira nya tahun ni si dea paling banyak bawak jenjalan dan menipis kan poket beliau. heh!

  • Celebrate birthday si dea kat atas cruise yang ni super duper extreme best! sanggup ponteng kerja demi nak hadiah kan beliau kenangan birthday yang paling best. 

  • Celebrate birthday saye :) okay , hadiah-hadiah dari si dea dan masakan mak yang super junior duper lazat berkrim !



Antara kenangan tah hapa-hapa yang aku rasa macam sengal bila di ingati kembali.
  • tayar kereta pancit kat tepi jalan. sadis nya rasa bila aku tengah drive. datang sorang pakcik naek moto, selamba ketuk cemin keta dan bagitahu tayar aku pancit. eh, boleh aku tak perasan? parking tepi jalan , konon nya nak jadi super-woman nak tukar sendiri tayar kereta tapi apa kan daya aku hanya insan lemah yang mampu buat-buat comel tahan kereta lain suruh datang membantu. tapi tidak jugak , aku gagah kan diri drive sampai naek lingkup spotrim dan bawak ke bengkel saja. huh!

  • excident yang macam sengal. kalau tak aku langgar kereta orang , orang je langgar kereta aku. heh! habis pecah side mirror aku sebab kereta lain langgar. Niat huduh di hati nak paw lebih-lebih last sekali orang tu bagi rm50 je. cukup lah buat ganti side mirror. 

  • Salah faham demi salah faham orang kat aku. eh, kesah pulak aku? huhuhuh.



walau apa pun kenangan yang aku dah lalui , aku tetap ingat dimana bumi dipijak. dah tentu lah kat Malaysia. heh!
setiap hari , aku cuba menjadi yang lebih baek.
walaupun tiada siapa yang dilahir kan sempurna , namun kita berhak untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

dari si gadis berambut panjang berwarna kuning, bertukar menjadi si gadis berkaca mata berambut pendek dan kini menjadi si gadis comel yang memakai hijab.
Korang pun mesti dah lalui , segala kenangan yang mampu membuat kan korang menjadi lebih matang macam Izzah dalam Ombak Rindu kan?
redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah.


Apa pun yang korang lalui , biar kan berlalu , menjadi sejarah silam dan pengajaran yang terbaek demi masa depan yang lebih mencabar. 
semoga 2012 adalah tahun bertuah untuk kita semua. 
yeayy !

Be Positive and Be The Real You, 
Mirra Miya


1 comment: