Followers

Tuesday 20 December 2011

membina masjid


Assalamualaikum..
hari ni wa nak bagitahu lu orang , wa maaalaaaasssssss sangat nak 
update blog..
picture masa kenduri member wa hari ahad lepas pun , lama wa peram..
agak-agak dah bole jadi jeruk dah weh..
bukan hari ni je , semalam pun wa malas jugak.
lu orang ada ubat untuk hilang kan kemalasan wa tak??


okay la , tak jadi ahh malas..
selagi aku tak post entry ni , selagi tu lah aku tak lena tido.
heh! tipu sikit boleh kot?

Jom pergi kenduri. ambil berkat orang cakap. heh! 18.12.2011. Ahad. 12.30pm

Masa aku sampai je rumah kenduri , aku dengan Penasihat Terbaek , Jijah and Izah rombongan pengantin pun tiba sama serentak landing-time dengan kiteorang.
tapi disebab kan tahap malu kiteorang lebih tinggi dari kepala , so kiteorang jalan lelaju sebab tanak nanti tetamu tak jadi tengok pengantin , asyik tengok kiteorang je!
hahahahahaha..


Lepas dah salam-salam dengan tuan rumah , Jijah terus ajak serang meja makan. Lapar sangat kata nya. mana tahan tengok orang lain melantak sampai 4 pinggan. tak kan nak berdiri tercongok kat situ je.

Ni sepupu a.k.a penasihat terbaik aku. Nas Baharuddin. tapi aku panggil dea Along, sebab...ah malas lah nak cerita sebab apa. tu pinggan nasi aku sebelum aku melantak. heh!

ni Izah. dea dah tak tahan nak makan, tapi aku sibuk nak snap picture dea. hahaha. okay Izah , sila makan sekarang ;)

Jijah adalah manusia paling lapar sekali kat majlis kenduri tu. sebab dea tak pandang kiri kanan depan belakang dah bila tengah layan nasi dan ulam tu. hahaha. opsss. abai kan pinggan nasi yang dah tinggal sisa makanan tu. ;)

Licin kan pinggan aku? makan sampai tak perasan mak mertua lalu belakang. mak aku la selalu cakap ayat tu. ;)

Konsep majlis tu memang simple tapi sangat meriah. majlis ni dibuat di kawasan kampung , jadi suasana gotong royong tu memang sangat jelas ketara terang lagi bersuluh nampak di masjlis tu. makcik-makcik kampung semua nya memakai baju kurung warna yang sama dan tolong menyedia kan makanan untuk tetamu.

Picture tak sempat snap , sebab makcik situ macam malu-malu meow. so aku simpan balik camera, snap picture lain je. sehari sebelum majlis pun, rumah kawan aku ni dah meriah. malam majlis, dah ramai yag datang tolong siap kan bunga telur dan dah ada jamuan makan.

okay , over tak snap picture kat pelamin orang? hahaha. yang sebelah aku, baju hijau tu cik Lya. dea lah tuan rumah majlis kenduri. abang dea yang kahwin hari tu. Picture dengan pengantin kiteorang tak snap sebab malu ngan abang dea. hahahaha.

aku dengan penasihat terbaik. asyik snap depan pelamin sampai makcik kat sebelah tu dah jeling-jeling. okay makcik, kami pegi snap picture tampat lain pulak.

Lari pulak pegi snap picture dekat meja makan pengantin. hahaha. aku suka hiasan dea sebab simple tapi menarik je. ada rama-rama seketul kat belakang. heh!

Last sekali bawak balik rumah bunga-telur-rose-purple ni je sebijik. hahah. okay la kan?

alaaaa , apsal asyik tepek muka kau je mira?
lantak ahhh , dah aku malas nak buat karangan panjang-panjang.


next entry aku janji akan menjadi serajin-rajin nye buat karangan panjang okay? So , sebelum aku noktah kan entry ni , kesimpulan yang aku dapat...

majlis ni sangat meriah dan sederhana. serba lengkap. pengantin tiba , ada pencak silat kedebuk-kedebak-haiyaarrghhhh ! depan pengantin.. ada makanan yang sangat sedap! gotong royong dan meriah ! apa yang penting, kita harap kan majlis itu membawa berkat untuk semua. 

*sila jangan tanya bila aku nak kawen. korang sponser, aku laju je jalan.makaseh*


Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya





2 comments:

  1. giliran org len da kita pulak bilenye? hehehe

    ReplyDelete
  2. ibby ; hehhe. tataw la yunk. sampai masa nya nanti ada la kad jemputan nye ;)

    ReplyDelete