Followers

Wednesday 30 November 2011

Penyakit dan Pesakit


Assalamualaikum....

" boss , hari ni saya keja half day yea. saya tak bole bangun pagi "
" suka hati kau saja ! "

hamboi , garang nya boss. Mintak keja half day pun kena marah! huh~
dapat ke apply half day?
Gila tak dapat. mesti lah dapat.
Boss saya adalah mak saya.
kah kah kah !

nampak gambar kat atas tu?
mesti lah nampak kalau tak macam mana nak baca blog ni.
sengal. apa jenis soalan. =.='
mintak hampun , tuka soalan lain :
dah tengok gambar kat atas kan?

macam tu lah gambaran nya bila penyakit kegemaran menyerang aku.
migraine. diulangi sekali lagi : MIGRAINE.
penyakit yang rasa nya ramai jugak yang... hidapi ke hadapi ??
ahh. tak kisah lah. korang faham kan maksud aku ni?

semalam aku di serang perompak. bukan , diserang migraine lagi.
Okay , secara rasmi nya penyakit migraine ni menyerang kepala hotak aku
sekitar 4 tahun yang lepas.
di ulangi sekali lagi : 4 tahun yang lepas.
sudah. jangan ulang-ulang lagi.

kira nya sakit ni bermula dari zaman menjadi mahasiswi dulu.
tak tahu la penyakit keturunan atau ke hapa benda , 
tapi aku tengok mak aku pun selalu kena penyakit ni jugak.

Mintak ampun bebanyak pada kekawan bila sakit ni datang tanpa diundang ,
aku memang tak akan layan sebarang jenis jemputan keluar makan malam ,
berjimba melalak di karaoke , minum teh tarik kat kedai mamak ,
bergosip di depan pagar rumah atau apa saja aktiviti bebas yang aku suka dari kecik-kecik smpai dah besaQ panjang kata orang utara.

Semesti nya aku akan memekak kan telinga bila terdengar 
henpon canggih dan kurang canggih aku berbunyi,
bau mak masak makanan yang sedap pun aku tak peduli lagi.
sakit nya nauzubillah , memang tak boleh nak cakap.
serius.
berdenyut-denyut ya amat. 
masa tu aku hanya akan tidur tidur tidur dan tidur saja.

kenapa aku tidur saja? kenapa tak mandi ke? tak makan ubat ke?
yea. bagus soalan anda.
kenapa aku tidur? sebab kalau aku masih berdegil nak jugak-jugak buka mata akibat nya :
tahan lah 14 baldi di depan muka aku.
sebab aku akan muntah sehingga perut aku menjadi ramping gilababas~

kenapa tak mandi utk hilang kan saket kepala?
sebab aku tak mampu lagi nak angkat gayung yang dipenuhi air.
*auta bukan fakta*

kenapa aku tak makan ubat?
yea. dulu aku akan melantak painkiller sebanyak mungkin untuk menahan saket kepala ni dari terus menyerang saraf pala hotak aku ni.
tapi pernah suatu masa dahulu...
jeng jeng jeng *muzik saspen*
doktor nasihat kan aku jarang-jarang lah makan painkiller
sebab buah pingang aku dah ada tanda-tanda akan rosak.
rileks kawan-kawan !
hanya tanda-tanda.
bukan confirm.
jadi langkah awal nya , aku tersangat lah jarang melantak painkiller yang dulu satu masa aku ibarat kan painkiller sebagai gula-gula mentos yang segar dan berangin.

jadi , hanya tidur lah ubat yang paling mujarab untuk aku.
tiada sekecil kuman pun cahaya yang akan aku tengok.
masa tu tiada siapa dalam rumah yang berani tegur aku.
" kakak-kakak , jom kita main dam haji. "
" kakak-kakak , jom kita maen make up- make-up "
piappppp! diam kau! aku sakit kepala ni.
begitu lah akibat nya.

aku hanya akan ambil tuala basah dan letak kan diatas kepala.
lepas tu pengsan tak ingat dunia.
kenapa aku migraine??
mungkin tekanan atau masalah yang aku hadapi terlalu banyak.
cait !
ingat aku perdana menteri?
tidak tidak tidak.
tapi selalu nya kalau aku dalam masalah yang rumit , memang aku akan migraine.
kadang-kadang bial terlalu terdedah dengan panas matahari pun aku akan sakit kepala.
cissss.
bunyi macam puteri lilin.
menyampah pulak aku.
bukan , memang ini hakikat nya.
aku cepat sakit kepala bila terkena panas yang terlampau.



sudah lah. migraine aku datang lagi.
aduhh >,<

Be Postive and Be The Real You,
Mirra Miya


2 comments: