Salam. hallu hallu. memandang kan sekarang musim budak-budak berumur 17tahun tengah busy gila nak prepare untuk exam , saya ada tips sikit nak share ngan korang semua. kalau dulu 6 tahun yang lepas waktu saya nak amek SPM , time mcm ni memang tak tidur malam la sebab study last minute konon nya masa tu study baru masuk otak la baru ingat la baru tu la ni la..PADAHAL , awal-awal malas ! banyak main je. hahaha. bila kira-kira da tinggal brapa hari je lagi nak masuk dewan exam , mula la kelam kabut nak buka buku rujukan. habis semua 10 subjek skali nak baca. masa tu baru la nak menyesal tahap gaban sebab awal-awal tak nak study. >,< so adik-adik semua hope korang dah study and buat research awal yea! ;)
SEMAK JADUAL
Sila semak jadual exam korang , ianya PENTING sebab korang boleh pasti kan waktu belajar korang cukup untuk semua subjek. Takut nanti bila korang tak semak jadual , nanti ada pulak subjek yang tak sempat korang study kan. Terus kan latihan untuk subjek last sekali dalam jadual , sebab nanti bila tarikh exam da sampai , korang akan buat latihan untuk subjek hari pertama exam. (:
KUNCI PEPERIKSAAN
Mira , apa tu kunci peperiksaan? nak exam pun ada kunci? kunci apa? bukan la bukan. bukan nak pakai kunci moto ke kunci kereta ke kunci lori ke apa tapi kunci peperiksaan ni bermaksud korang kena la buat banyak latihan dan ulang kaji demi mengingati fakta atau rumus masa nak jawab soalan. korang rajin-rajin la jawab soalan peperiksaan tahun-tahun yang sebelum ni. PENTING jugak sebab korang akan biasa dengan soalan-soalan peperiksaan ni. Nanti mesti korang akan dapat rasa soalan tu lebih kurang je ngan soalan tahun-tahun lepas. *yang ni betol. saya pernah rasa* :)
TENTUKAN KEUTAMAAN
Haaa..masa saya sekolah dulu , saya asyik buat latihan subjek yang saya suka saja. Tension buat matematik , buka buku BM pastu BI . da habis Matematik eh tanak lah , baca BM balik lah. Lastly dapat la result Matematik yang TERBAIK! >.< So kesimpulan nye kat sini , korang kena la pasti kan buat latihan semua subjek yang korang amek. Bukan subjek yang korang suka je. Nanti bila nak exam , subjek yang korang tak suka tu sape nak jawab? acane??
BANYAK MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN
Banyak mengingat bukan banyak berangan. hahaha. *dulu saya pun macam tu jugak* okay, meningat ni memang lah satu perkara yang SANGAT PENTING untuk seorang pelajar. macam mana nak ingat?? dah tentu lah korang kena selalu , rajin , sering kali , harus , perlu dan sebagai nya membuat latihan berulang kali. Bila da buat latihan berulang kali for sure korang akan ingat..kan? :)
MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN
Korang tahu tak ada beberapa amalan sebelum peperiksaan yang korang harus lakukan. Contoh nya , korang kena kuat kan SEMANGAT untuk terus membuat latihan dan rujukan. Jangan la sebab dah tinggal brapa hari je lagi korang pun da lemah semangat nak study.Korang boleh terus membaca atau buat latihan kat mana saja tempat atau keadaan yang sesuai. Macam dulu saya suka baca nota ringkas waktu dalam kereta on the way nak kemana-mana. (Nota Ringkas ye , bukan Toyol yang korang spare nak bawak masuk dewan peperiksaan.) korang pun bole try jugak ! buat nota ringkas yg comel-comel boleh bawak jalan-jalan. :)
Selain tu korang kena jaga KESIHATAN. Jangan lah study teruk-teruk sampai jatuh sakit pulak kan. kalau da sakit macam mana nak jawab exam? Kena pasti kan korang tidur dengan secukup nya. Bila da tidur dengan cukup korang mesti akan selesa je bila bangun pagi dan dapat bagi tumpuan untuk terus mengulang kaji.
Buat seketika ni lupa kan dulu aktiviti yang korang suka sangat-sangat sekarang ni. macam FACEBOOK , tengok movie Korea dari episod 1 sampai 20 , hafal lagu-lagu kat Youtube , bergosip dengan jiran dari petang sampai senja dan macam-macam hobi korang lah. Bukan tak bole langsung tapi seboleh nya stop kejap lah. hey, SPM tak da siaran ulangan , hobi korang tu sampai tua pun tak habis :))
PEMAKANAN! yang ni pun penting sebab pengambilan makanan yang berzat dan seimbang akan membantu mengembang kan dan mencergas kan minda korang. Selepas semua persiapan diri dah siap , korang kena kemas kan pulak BEG SEKOLAH korang. haa , maksud nya macam alatan nak jawab exam lah. Bukan makna kata kena apply bekas pensil yang baru tapi cukup la pasti kan semua nya lengkap. Tak kan nanti nak pinjam-pinjam kat kawan sebelah? Pengawas peperiksaan garang oouuhh. Nanti dea tuduh korang nak meniru..acane?? >,<
Sebaik nya malam sebelum peperiksaan tersebut , korang tidur lah awal sikit supaya esok pagi nya korang akan rasa segar dan tenang untuk menjawab peperiksaan. *tapi dulu saya tak bole tidur sebab takut nak jawab exam. hahah* Bila da bangun awal , korang pun pergi la sekolah awal sikit. tapi pasti kan korang sarapan dulu okay. Jangan bangun lewat ! sebab kalau tergesa-gesa confirm korang akan panik dan tak dapat nak tumpukan perhatian. percaya laahhh..Sebelum keluar rumah , salam la dulu dengan ibu bapa dan minta diorang doa kan korang boleh menjawab peperiksaan. Masa dalam dewan tu korang cool je lah. Jangan fikir macam-macam lagi. Okay? Ya , selepas da jawab soalan dan keluar dewan jangan sesekali korang nak bincang-bincang pulak pasal soalan yang korang da jawab tu. Bila salah , mesti korang akan frust dan takda mood nak tumpu kan subjek yang lain pulak. Alaa , da lepas kan? biar lah lepas. :)
BERDOA DAN BERTAWAKAL
Kawan-kawan saya dulu selalu rasa tak yakin dengan apa yang diorang laku kan. Dalam hal peperiksaan macam ni korang kena yakin dengan usaha yang korang da laku kan. seharus nya berbangga sekali sebab korang dah bersedia dan yakin dengan usaha korang. hey , kalau orang lain bole berjaya korang pun mesti boleh kan? Sepatut nya korang berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t dengan usaha yang dah korang laku kan kerana itu adalah senjata terakhir untuk korang menjawab peperiksaan bukan saja untuk membina keyakinan , tapi mencapai kejayaan jugak. chaiyook chaiyookk! Saya tahu korang boleh laku kan. Good Luck. InsyaAllah berjaya , saya doa kan.
# Tips ni semua saya ambil dari Berita Harian untuk kita kongsi bersama. #
Yang baik itu datang nya dari Dia ,dan yang buruk itu datang nya dari saya.
Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya
No comments:
Post a Comment