Followers

Friday 11 November 2011

Key- Hell Derr..

Salam. Hallu-hallu !

Jelas terasa dikelopak mata ni bagai digam-gam gara-gara mengantok ya amat .
Tulun la paham.

Tiba kat umah dah hampir subuh 4.40am. ya betol ! memang saya sentiasa tengok jam sepanjang perjalanan malam semalam.11.11.2011 ( bantal bantal bantal. cepat lah sampai rumah. mengantok tak hengat donia )

weh , kenapa balik rumah lewat sangat? merayau kemana kah haa? 
Nak story-mory lah ni. sabo sabo.

Al-kisah nya semalam tepat jam 11.10am (Jumaat) kereta kembara kempunyaan BoyF dengan penuh laju dan gagah nya menjemput saya untuk menemani beliau ke KL. 

Motif nye? untuk menghantar kakak beliau balik ke sana. Ouh , orang ajak berjalan, KL pulak tu , nak tengok saja ke? tidak sama sekali. Memang pantang sangat! Pantang di ajak >,<

Apa lagi? dengan berbekal kan RM20 di dalam purse pink comel-comel colour favourite tu saya dengan yakin nye masuk ke dalam kereta. (betol weh saya bawak rm20 je pegi kl , kalo kena tinggal tepi jalan memang menangis lah nak balik rumah. T__T )

Sepanjang perjalanan , rasa sangat cool sebab duduk di seat belakang ditemani beg-beg baju bakal kakak ipar dan strawberry yang diorang shopping kat Cameron Highland beberapa hari sebelum nya. 

Namun ini bukan lah motif karangan panjang lebar saya hari ni. Klimaks kisah nya apabila sesudah menghantar kakak BoyF balik ke rumah beliau. Dengan inesen dan tak bersalah nya BoyF boleh bertanya " kita nak pegi mana? balik terus?"  Hey apa lah punya soalan daa. dah tentu nak pegi jalan. KL bukan nya belakang rumah boleh pegi tiap hari ! dengan senyum-senyum kambing saya menjawab " i-city i city ! " ( okay jelas kelihatan jakun disitu sebab memang tak pernah sampai kat i-city tuh! maklum lah saya orang kampung bukan nye orang key-hell T__T )

"eleh , dah agak dah ! jom , tapi kita tak tahu jalan" sambil memandu dengan kadar 30km/j. sungguh berhati-hati sebab takut tersalah jalan. " takpe takpe henpon canggih ada , guna lah! " lepas 5 minit godek-godek maps kat henpon canggih ,saya simpan balik dalam beg. Haremm tak pandai guna pun!

Dalam masa yang sama , berharap lah doraemon datang membantu. Mungkin dea ada alat canggih yang dapat membawa kami ke pintu masuk i-city. tapi mana mungkin yahh! dalam kepala hotak memikir-mikir jalan penyelesaian. Call lah sanak saudara rakan taulan sahabat handal semua yang ada di KL. tapi jawapan nye tetap sama, kami tetap juga SESAT. 

Ya ya ya ! kami sesat di KL. itu adalah kenyataan di sini. melilau-lilau di tengah kota raya metropolitan itu. masuk hiway sana sini. terbang rm10 saja semata-mata untuk bayaran tol. 

"ni percubaan terakhir , tak jumpa jugak i-city kita balik Penang ja!" BoyF dah buat suara ketat berbaur amaran tegas. dalam hati " ciss! tak dapat jugak nak masuk i-city dan bergambar gedik dengan lampu-lampu cantek kat sana." 

Ntah macam mana tetiba bole jumpa jalan nak ke Sunway Pyramid. Okay lah dari takde kan! dari penat duduk dalam kereta lama-lama. perut pun dah krookk krekk mintak di sumbat kan makanan yang banyak dan lazat. masuk je dalam perut singa kaki saya laju je mencari tempat makan. macam orang yang dah kebulur sebulan tak nampak makanan. 

 Burger King! haa. boleh lah! tak pernah rasa lagi. (ya memang agak slow sikit. sebelum ni tak pernah rasa nak cekik menatang burger tu ke dalam mulut) sekali 3 burger kiterorang beli. amek kaw! makan sampai muntah lagi. 

tak larat nak senyum dah masa ni sebab dah melantak sebiji setengah burger. hahah. makan makan makan.
nampak tak muka rakus menelan burger yang teramat lazat. makan sampai tak peduli dah foreigner kat sebelah. ahh. pedulik hape! aku makan bukan kau bayar. nyuumm nyyummm.

 




2-2 dah baut muka senyum tak ikhlas sebab perut dah tak tahan suruh sumbat makanan dengan gelojoh nya. ciisss !

Lepas candle-light dinner lah sangat tu , ingat kan nak terus balik Penang je. tapi sepupu pulak ajak lepak-lepak kat kedai mamak sambil usyar-usyar mamat hensem yang duduk lepak minum teh tarik. pheewiitt! lepas tu dapat lah sigungan hebat dari boyF kat sebelah. okay fine! >,<

Tepat jam 12.15am kiteroang pun bergerak keluar dari KL , slow-slow bawak kereta sebab mata da mengantuk , perut terlebih kenyang , badan dah lemah. esok boyF kena kerja lagi. pukul brapa nak sampai oii? Behenti rehat kejap pastu kena tukar driver. Puas kau seronok duduk belakang siang tadi kan? sekarang kau bawak kereta balik rumah! dengan muka yang ketat dan macam tapai basi , saya merelakan diri memandu kereta.
melalak kuat-kuat dalam kereta sampai kehabisan suara . sedar-sedar orang kat sebelah dah berdengkur hebat. krooiihh krrooiihh. huh! hampeehh! sebab tu lah pukul 4.40am sampai dirumah yang kuh sayangi. lalalala ~


okay cukup sampai sini. Bantal panggil suruh sambung tidur lagi. krooiihh krrooiihhh.
Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya






2 comments:

  1. hahaha mmg nakal la..i duk gelak sorang2 kat sepital nie duk bace blOg u.... hahaha

    ReplyDelete
  2. Ibby : yeke? HAHA. atleast , saket you ade kurang ckit bila u gelak2 mcm tu kan syg :)

    ReplyDelete