Followers

Monday, 12 December 2011

Pendam Luka Hati Berdarah


" Bisik hati ku lepas kan dia...
Sungguh aku tak bisa....
Biar lah ku sendiri..
Tanpa kasih dihati..."

Assalamualaikum...

sobbbsss soobbbbbssss
(T___T)

ketahui lah kalian semua bahawasa nya di saat aku menaip entri ni aku dah ulang nyanyi lirik lagu Shahir-Pendam ni dah kali ke 40..
sungguh aku menjiwai lagu ni..
mak terasa lah nyahh~

aku nak tnya korang ni , pernah tak korang rasa hati macam tak tenang?
mandi tak basah ,
tidur tak lena ,
makan tak kenyang walaupun dah 4 pinggan?

tu kira hati tak tenang ke?
aah. yea lah kan. Jiwa macam bergelora..
rasa gundah gulana..
tak tenteram dan hati rasa tak sedap?
tak sesedap rendang ayam mak aku masak di pagi raya lepas.

pernah tak? pernah tak? pernah tak?
Ya, itu yang aku rasa sekarang ni.
rasa nak menangis tapi air mata malu nak mengalir didepan orang ramai , 
malu jugak nak mengalir depan laptop ,
hanya bantal busuk saja yang dah jemu rasa basah air mata aku.
cait!






mungkin aku harus bersedia dengan kelukaan?
atau aku sememang nya tak bersedia?
kira nya hati aku si dea dah tak bole jaga , 
pulang kan lah balik..
malu nak bagi terang-terang , 
poss la kat abang posmen yang segak bergaya lalu depan rumah aku tiap hari tu..
tak pun pass la hati aku balik kat kawan-kawan aku yang selalu main kenyit mata dengan  si dea.
tak pun jugak , datang lah tengah-tengah malam bungkus hati aku letak dalam peti depan rumah aku ni ke..
buat la macam mana cara asal kan pulang kan lah balik hati aku..
walaupun aku tahu masa tu hati aku mesti dah patah seribu...





susah nya bila masaalah yang melibat kan hati dan perasaan.
rasa lemah..
nak berjalan pun macam tulang kaki dah lembik..
perlu minum anlene ke?
nak makan pun rasa macam nak kena guna straw..
nak buat keje pun asyik termenung saja..
last sekali aku update entry baru je kat blog ni..




" sekira nya si dea bukan jodoh ku, maka akhiri lah perhubungan ni dengan sebaik-baik nya..namun sekira nya si dea adalah jodoh terbaik ku, maka permudah kan lah jalan untuk kami ke arah yang diredhai Mu..




Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya.

Sunday, 11 December 2011

Pussy and Kitty.



Assalamualaikum...

Hari ni wa nak bagitahu lu orang , wa tak sehat.
demam..
uhukkk uhukk!
batok sampai nak pecah dada.
kesian kan?
(T_____T)
so , hari ni wa m.c lagi..
yang tu wa suka! 
Lu orang pun suka kan bole rilex santai atas katil empuk kat umah! 
heee~

Akibat mengtekedarah rambutan sampai 2kilo sorang diri , 
hari ni aku mengundang penyakit batuk dengan jaya nya..~
tima kaseh encik batuk kerana menemani tidur malam saya.
heh!

berbalik kepada penceritaan mengenai gambar diatas,
nampak tu aku posing tak henggat sebelah poster yang besar gedabak??
apa lagi , bawak adik-adik tengok wayang lagi lah!
kan dah cakap sebelum ni , 
aku sorang kakak yang terbaek kan??
(^______^)v

 bawak wonder girls aku pegi tengok wayang. layan feeling animasi diorang ni. adik kesayangan lagi sorang tak balik. beliau tengah berjuang kat Uitm Arau. ;)

Puss in Boots- 3D
sumpah best movie ni weh.
korang yang mana hati ngah terluka ke , jiwa gundah gulana ke , pergi la cepat-cepat beli ticket then tengok movie ni.
confirm balik tu korang rasa perut cramp , sebab gelak banyak sangat.

memang kelakar je tengok telatah Pussy, Kitty and Humpty.
comel sangat.
nak cerita macam mana ntah tahap kecomelan tu kat korang.
aku punya gelak sampai nak buka spec 3D tu then ketuk2 kat seat depan.
bila Pussy tu buat aksi-aksi kelakar geram ,
aku gelak sampai terangkat kaki , silap-silap aku nak angkat kerusi depan ni sekali.
hahahahhahahahahhaha..
okay over. =.='

betul tak tipu , aku siap mintak adik aku download movie ni , 
habuan tengok kat laptop malam-malam dan gelak sorang-sorang.
gelak sampai aku pukul-pukul laptop ni pulak.
heh!

agak nya sebab semalam gelak terlalu banyak tu yang aku demam hari ni kot??
hihiihihi..

krooiihhh kroiihh~

Be Positive and Be The Real You, 
Mirra Miya.








Thursday, 8 December 2011

Surat Cinta Encik Polis.


Assalamualaikum...
sila jawab dalam hati , dengan senyuman sekali.
(^___^)

hari ni bakal dapat migraine lagi..
tanya lah kenapa?

kenapa cik Mira??
sebab..
sebab..
sebab..

sebab dapat surat cinta dari encik polis pagi-pagi buta lagi...

surat cinta berhelai-helai..
panjang lebar isi nya..
ahhhh..
tak payah nak intro panjang-panjang..
aku kena waran tangkap..

ya ya ya..
di ulangi sekali lagi :
waran tangkap.

sebab aku dengan begitu degil dan bongkak nya
tak mahu bayar saman 6 bulan yang lepas.
6 bulan. baca bebaik.


*ehsan dari gugel sahaja*

kat surat cinta tersebut begitu megah terpampang jumlah saman sebanyak rm600. 
bagi insan sederhana yang tak mempunyai harta benda , rm600 tersebut adalah satu jumlah yang amat berat dan beban yang terlalu menghempap kepala dan bahu aku..

masa tu dalam kepala hotak , aku kena masuk lokap ke ni?
kena tido lokap ke??
ouh tidakkkk~
secara otometik peristiwa 6 bulan lepas 
terlayang-layang di depan mata.


* ni bukan keta aku. ehsan dari gugel semata-mata*

sekali gus aku terasa menyesal kenapa la masa tu 
aku terlalu sombong dengan encik polis tersebut.
apa la salah nya kalau aku kenyit-kenyit mata kat encik polis tu mestu dea tak jadi saman aku..
kawan aku cakap taktik tu berkesan..


tapi malang sekali aku kena dua saman sekali gus!

kesalahan pertama :
menguna kan talipon bimbit semasa memandu.
* ni memang hobi aku. bosan la bawak keta tak bercakap. kena la borak. nanti mengantok*

Kesalah kedua :
tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
*hey , aku da pakai tali pinggang kaler pink kat seluar jeans, nak buat apa pakai tali pinggang keledar lagi? huh =.='

tengah hari buta , setelah aku mendapat kekuatan zahir untuk mengeluar kan duit , aku pun bergegas rempit dengan laju nya pergi ke balai polis.
memang sungguh. 
hari ni aku adalah pemandu berhemah.
handphone aku letak jauh-jauh.
masuk keta enjin belom start , aku dah pakai seat belt siap-siap.
choiii. kena saman 6 bulan lepas hari ni dapat waran baru nak ikut aturan.
walaupun aku tahu, aku hanya insap untuk seminggu saja.

agak merangkak-rangkak jugak aku pegi ke bank dan keluar kan rm600 untuk bayar saman..
korek-korek dalam bank serdak-serdak syilling yang ada..
habis duit nak beli henpon blackberry 
(T______T)

hey , sedih taw..
free je melayang duit kena bayar saman.
perlu ke ada saman?
tak payah lah saman.
bukan nya sengaja pong~
agagagaga~


p/s : bila dah kena saman, cepat-cepat lah bayar. tak nak keluar duit bayar saman, jangan lah buat kesalahan. terima kaseh. 

Be Positive and Be The Real You
Mirra Miya

Tuesday, 6 December 2011

Wangi nya Saya


Assalamualaikum...

halllu hallu..

eh macam mana aku nak bole nak menaip entry pulak ni.
aku sebenar nya nak rompak dapur mak aku.
lapar gila mengigil macam setahun tak makan ni.
kesian kan??
(-__-)

tak tahu lah kenapa aku asyik terfikir pasal benda ni je.
BAU BADAN.
korang marah tak aku cakap pasal benda ni?
ahh tak kira.
aku nak cerita jugak!
blog aku kan?
ngeh!

bukan niat aku nak malu kan sorang hamba Allah ni.
tapi aku rasa aku nak jugak-wajib-harus aku cakap hal ni.
bukan cakap , menaip sebenar nya.

pakcik ni aku dah kenal dari zaman baby-baby lagi..
tipu sangat.
dari zaman aku sekolah lagi.
dea client tetap mak aku.
kah kah kah !
tak payah nak client sangat lah.
dea customer tetap mak aku.
a.k.a kawan se-opis ngan bapak aku dulu.
tiap-tiap hari dea akan datang hantar tempahan baju.

bila dea datang , aku ada satu masaalah BESAR sangat.
baca sekali lagi.
BESAR sangat.

apa masaalah nye Mira?
BAU BADAN dea..
sumpah , aku tak tipu.
aku pun sedih nak cakap ni.
bukan aku nak malu kan beliau tu.
tapi aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi.
aku tak mampu nak serve bila beliau datang kedai mak aku.

eh bukan dea sorang je , ada lagi orang laen.
cuma yang laen tu jarang-jarang singgah ke kedai mak aku ni.
bila ada yg bau badan diorang 10km lagi dah bau , 
memang aku otometik nak termuntah kat situ jugak.
buruk kan perangai aku?
tapi nak buat macam mana deria hidung aku memang tak mampu nak menepis benda ni.

perlu ke aku bagitahu kat customer yang datang supaya pasti kan badan anda tidak berbau apabila masuk ke premis perniagaan mak saye???
tidak sama sekali.
ibarat menutup periuk nasi la pulak.
maka menutup jugak poket aku nak ber-shopping hujung bulan.

so macam mana korang rasa??
tak kan aku nak derma kan pulak deodorant rexona kat diorang 
yang ada masaalah bau badan??
aku pun tak cakap aku sentiasa wangi..
kalau dah buat kerja teruk-teruk sampai berpeluh ketiak 
tu dah tentu la akan ada bau masyam~
tapi , takda la sampai aku nak merayap kesana sini dengan bau macam tu.




atau maybe diorang tak perasan yg badan diorang berbau??
maybe lah kan.
tapi macam mana nak buat dengan diorang yang ada masalah ni??
tak kan nak tegur pulak.
" cik, badan cik ber bau lah. sila pakai rexona. "
panggg! 
mesti lekat 5 jari kat muka aku ni.
(T___T)

sesungguh nya aku teramat buntu dengan masalah ni.
jadi kawan-kawan sekalian 
especially gegurl semua , 
jaga la diri anda.
pasti kan diri anda bersih dan tiada bau yang pelik-pelik 
yang mampu membuat kan orang lain lari 400m bila dekat dengan korang.
sekira nya kaya , beli lah perfume jenama Channel dan bergaya lah kesana sini dengan senyuman selebar-lebar nya.
(^___________^)
ngeh!





Be positive and Be The Real You
Mirra Miya

Sunday, 4 December 2011

Ombak Bergelora Rindu Dendam.



Assalamualaikum..

Sungguh tak tipu memang dua kali aku layan filem ni.
dua kali jugak lah 14 baldi air mata aku menitis.
sooobbss soobbss..
ternyata aku begitu taksub dengan Ombak Rindu kan??
(T___T)


Sebenar nya bukan lah begitu taksub seperti yang korang fikir , 
tapi ini adalah disebab kan perjanjian !
bukan perjanjian jual beli rumah atau perjanjian sewa-beli kereta.
bukan sama sekali.
tapi perjanjian hidup dan mati.
eh bukan jugak.
perjanjian dan paksaan oleh adik-adik.
kejam kan diorang?
tak pasal aku kena beli tiket dua kali.
(^___^)


malam Jumaat lepas aku berdua-duan bercinta-cintaan
dengan buchuk-buchuk muncit *geli pulak aku*
pegi tengok filem ni.
saja nak mood touching berdua.
lepas tu dah terjanji pulak dengan adik-adik ni bawak diorang pergi tengok.

so sebagai sorang kakak yang baek , 
janji harus di kota kan.
di Kota kan bukan di bandar kan atau di kampung kan.
bila aku cakap je esok awal-awal pagi kita serang cinema , 
diorang tersangat lah excited.
agak nya sampai tak tido malam.
terlalu teruja.


adik-adik yang kejam. paksa kederat kakak nya untuk menangis kali ke dua.



sekali lagi tempek gambar wajah adik-adik yang kejam. hati berdarah dah aku. 
(T____T)


sebelum masuk wayang , 
aku siap pesan kat adik-adik bawak lah tisu spare..
diorang cakap tak payah.
nak lap air mata kat tudung je..
sekali hamik kauuu..
semua pakat basah-basah pipi sebab menangis.
dah cakap da cerita sedih, tanak pecaya lagi..
kannnn..~


cukup sampai sini.
 nak tido. 
krooiihh krooiihh~


Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya

Saturday, 3 December 2011

Ombak Tsunami eh bukan Ombak Rindu lah.


Assalamualaikum...

krooihhh kroiihhh.. ~
Entah peyakit apa la yang melanda diri aku ni..
sejak 3-4 hari ni aku tak bole nak tidur..
Pejam celik pejam celik..
eh malam lagi..
pusing kiri pusing kanan..
eh belum siang lagi..
tengok jam kat handfhone..
dah pukul 3 pagi tapi mata tetap jugak tanak lelap..

Godek-godek Twitter , 
update jap kat status ,
bajet artis sebab artis je tidur lewat-lewat ni..
kah kah kah ~

malam ni aku teramat la mengantok..
tapi gigih jugak nak update blog..
takot followers rindu kan aku pulak nanti..
wakakakakkakaka ~

malam semalam aku mem-burung-hantu-kan-diri..
pukul 3 pagi baru aku ketuk pintu rumah.
tidak , bukan pergi berfoya-foya atau berkinja-kinja..
tapi aku membolos kan diri di celah puluhan orang yang menonton wayang..
cerita Ombak Rindu..

dari zaman sekolah lagi aku memang taksub dengan novel..
dulu kawan-kawan sibuk menelaah buku teks tebal-tebal..
tapi aku pulun menelaah novel cinta berbijik-bijik novel..
sepupu aku pun sama..
kan Along?! 
ngehhh..~

dulu kala aku da pernah baca novel Ombak Rindu ni..
tapi sekarang bila dapat tahu novel ni dah di adaptasi menjadi filem , 
aku dengan perasaan gelojoh nya terkocoh-kocoh ke MPH nak rebut novel ni..
masa dulu tak ingat aku cilok novel siapa ntah untuk baca..
so sekarang kena beli sendiri sebab nak menjadi peminat setia novel dan filem cerita ni.

bila nak melangkah kat tangga wayang tu , 
aku risau pulak takut si dea tidur je bila tengok cerita macam ni..
sebab dea kerja siang nya tu..
on the way nak tengok wayang pun dea dah menguap banyak kali..

awal cerita , dea asyik tanya aku je.
"lepas ni jadi apa?"
"lepas tu hero tu jadi baik tak?"
" eh lepas ni heroin tu mati tak?"

berapa banyak lepas ni daaa...
tapi aku tanak ceirta , sebab aku nak dea tengok betul-betul..
even aku dah tahu jalan cerita nya..
bila masuk pertengahan cerita , 
dea fokus gila..
aku baru nak ajak borak .
dea marah pulak.
"eh diam lah jangan cakap. nak tengok ni "
(>___<)

cerita tu memang best. air mata aku menitis sampai basah pipi.
rasa nya kalo dikira-kira 4 baldi jugak air mata aku habis demi filem ni.
okay over.
tapi betul !
memang aku menitis air mata layan filem ni.
ahh tak malu pun nak admit yang aku memang touching tengok filem ni.
even baca novel pun aku menitis air mata.
ya ya ya. 
memang aku berjiwa sensitif.
tapi korang kalo tak menitis air mata tengok filem ni , 
memang tak ada perasaan lettew ~
(^___^)v

sambil syok aku melayan perasaan sedu sedan , 
terasa ada jari kasar (memang kasar jari dea weh)
sentuh pipi aku.
nak check aku menangis ke tak.
hoi , lap air mata kat pipi sendiri lah.
asal nak lap air mata aku.
tahu la aku tak bawak tisu.
si dea pulak nak tolong lap kan air mata aku.
ahhh. aku malu.
(T____T)

 lepas 2jam cerita ni habis , 
aku tengok muka dea pulak yang merah-merah.
eh menangis ke??
wakakakakkaka.

rasa nya filem ni patut di angkat filem terbaek next year !
sumpah best.
lakonan Maya Karin memang superb !
suara dea merdu gila bila mengaji al-Quran.
Aaron Aziz pulak mantap gila.
sangat-sangat suka part dea menangis tu.
real ahh. tak macam berlakon.
ya, aku memang cair bila tengok lelaki menangis.
Lisa Surihani pulak memang aku suka!
even dea jadi perempuan ke 3, watak dea memang lain dalam filem ni.
dea sangat comel bila sebut perkataan yang ada huruf R.
(^__^) 

okay-okay.
bantal busuk dan beruang besar dah panggil.
esok lusa aku sambung lain.
good nite everybody !





Be Positive and Be The Real You
Mirra MIya.




Friday, 2 December 2011

Kerjaya Saya Masa Kini


Assalamualaikum..

ehem ehem !
hari ni agak busy sikit , so dah petang-petang mengantuk ni baru lah aku ada masa nak update blog. harap maaf tuan-tuan dan puan-puan.
cehh. bajet macam aku blogger terhebat yanga da beribu followers pulak.
=.='

kenapa aku busy hari ni?
tanya lah weh..
tak apa aku bagitaw jugak.
sebab boss aku cuti hari ni.
kesian boss aku kan.
demam terok kata nya.
Get well soon Mama (^__^)

jadi aku sebagai assistant manager ( bluwerrkkss )
terpaksa lah memikul tanggungjawab yang sedia ada..
memang kerja aku yang telah sekian lama bertangguh 
aku settle kan dengan cemerlang sekali hari ni.
herh !


nampak ni nampak ni banyak kan keja aku nak kena settle.. suma nak failing dengan kadar segera. sungguh berat tanggungjawab aku. =.='


kerja banyak ni la yang aku tangguh kan selama sebulan. padahal nak settle semua ni tak sampai sejam pun. tidak. aku bukan pemalas. tapi saja hobi buat kerja last minit. baru lah trill. hahaha. kau hado??

Lepas dah settle keja yang terlalu banyak tadi , aku layan fesbuk dulu.
update status lebih kurang , comment sana sini , tukar DP , delete picture..bla bla bla bla..

aku runner ke bank pulak. 
amek roadtax kereta ferrari aku yang tersadai sebulan tu.
apa kan daya. 
dalam bank tinggal rm14 saja.

balik kat office..
eh silap..
tak payah office sangat lah kan..
balik semula ke butik..
tak payah butik jugak lah..
balik semula ke premis perniagaan..kah kah kah !
aku sibuk siap kan kerja-kerja lain yang memang banyak tak siap.


pekerja import dari Myanmar sibuk menjalan kan tugas. tak siap kerja tak bole makan.
ada 200 kotak  kena siap kan untuk hari ni.
hahahaha. Jangan marah adik-adik sayang :)
senyum lah sikit (^_____^)


tekun dan dedikasi kan. bagus. mana nak dapat staff macam ni lagi. >,<


taraaaaaaa... banyak kan banyak kan...ni tak siap lagi 200..
penat lah , semua ni aku yang buat..
staff Myanmar aku taw rileks layan fesbuk saja.
huhuhuhuhuhuh T_____T

okay lah. 
nak kena kira gaji nak bagi kat staff Myanmar pulak.
diorang ni tak bole.
hati macam tisu.
tak bayar gaji nanti mula kemas kain baju nak balik negara.
ahh.
fed up lah sayeee >,<



** adik-adik akak yang comel-comel jangan marah naa. bergurau saja**

Be Positive and Be The Real You , 
Mirra Miya