Followers

Sunday, 24 March 2013

MirraMiya Vs Charlie


Assalamualaikum..

Kau nampak tu tajuk entry aku hari nih macam garang?
Nampak? nampak? sah sah la nampak. kalau tak nampak, mesti kau tengah tutup mata sekarang nih. oke tak lawak.

Aku nak cite, aku ada sorang kawan baik. 
baik sangat sangat sangat sangat sangat.
haaa kau, kemain dasyat punya baik.
Nama dea Charlie.
Tak payah nak omputeh sangat lah kan nama nya.
Kenal tak weh charlie?
ni haaa..


Taraaaa..mempersembahkan...CHARLIE ! 

Kejap, aku bagi biodata dea bagi memboleh kan korang berkenalan.

Nama umum:  Rove Beetle

Kelas: Serangga

Keluarga: Staphylinidae

Spesis: Paederus fuscipesCurtis

Nama lain: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain

Serangga ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:

1. Panjang kurang daripada 1cm

2. Badan serangga berwarna hitam dan oren berselang seli. Kepala dan abdomen atas berwarna hitam.

3. Mempunyai sepasang sayap lutsinar, yang dilipat rapi.

4. Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.

5. Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam


kihkihkih. Tak payah nak biodata sangat lah kan. Motif nya aku nak bagitaw badan aku habis kena bisa benda alah charlie biadap nih. heh. Kisah nya, semua housemate aku dah penah kena bisa si charlie nih. Yang paling terok kakak aku.. kena kat muka.. Masa tu aku dengar je kisah diorang sume kena charlie nih tapi aku langsung takda inisiatif nak amek langkah-langkah berjaga untuk mengelak kan kena serangan. bajet badan aku ada kuasa untuk menghalang dari gigitan serangga. 

Entah macam mana pagi tu aku terasa ada benjolan kat belakang badan. aku buat derk. sebab fikir kena gigit nyamuk. Siryes memang takda rasa saket atau gatal atau apa pun. aku pegi keja macam biasa balik-balik je nak mandi aku sedar ada lagi. Oke. cool lagi. habis mandi aku terasa nak tengok kat cermin. Sekali hamek kau...dea dah macam gunung berapi baru melepas kan lava lava nya keserata benua alam.. Merah dan nampak ganas.. huhuh..

Cuba cool kan diri. Panggil housemate tanya apakah benda nih. sekali dea bagitaw. kena gigit charlie ! Huwarrgghhhhhh ~ menjerit mengelijat aku kat situ. macam nak roboh bumbung. sebab aku taw benda nih memang akan susah nak baik. Esok pepagi terus pegi klinik dan amek ubat. 

Yang aku pelik nye, doctor cakap binatang ni tak bahaya. Tapi hasil risikan aku kat gugel mengatakan si charlie ni ada cecair haemolymph yang ada pada seluruh badan serangga kecuali sayap mempunyai toxin yang dinamakan ‘pederin’ (C24H43 O9 N). Toxin ini antara toxin sentuhan serangga yang paling berbisa.

So, aku terfikir-fikir fakta mana yang aku harus percaya? kata-kata doctor atau kata-kata encik gugel? aku masih berfikir. hhhhmm..~

Hingga ke saat nih, kau jangan tanya lah dah oke ke belum badan aku. memang belum lah. Bayang kan, macam mana aku nak sapu krim kat tengah belakang badan? kat rumah sewa mana ada mak nak tolong sapu kan. Wuwuwuwuwu T_T

Balik nih, aku nak beli penyembur serangga tu. nak sembur kesuluruh pelosok rumah. Nyah kau binatang berbisa. i het yu! oke over. Dan, si charlie nih suka dengan lampu atau cahaya. maka nya malam ni aku harus men-gelap kan rumah. disamping tu aku bole layan EarthHour dengan housemate. oke foine. 


Thank's for reading ;)

Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya


1 comment:

  1. nice blog :)

    salam kenal dari kami outbond di malang :)
    jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete