Assalamualaikum....
Start entry lagi dah di tepek wajah sendiri..
nih bukan aku nak cerita pasal semangat kesukanan or harimau muda , harimau malaya , or harimau mati meninggal kan belang , tidak sama sekali..
Saja aku tepek muka sendiri sebab nak sedar kan diri di awal tahun 2012 nih umur aku dah melompat satu lagi anak tangga ke angka 24 tahun..
Alangkah indah nya menjadi kanak-kanak berusia 4 tahun..
memakai skirt kembang-kembang dan berlari-lari di dalam rumah sambil memegang botol susu dan anak patung..
Alangkah indah nya kalau aku masih berusia 14tahun muda remaja..
menyarung uniform sekolah dan berjalan terkedek-kedek ke kelas..
bangun pagi pergi sekolah , tengah hari balik tidur terbongkang kat rumah..
Alangkah indah nyaaa....
eh , dah tak da indah dah..
seronok nya kalau aku bukan dewasa..
tak payah la setiap hari aku kena fikir ,
macam mana nak bayar installment kereta bulan nih..
macam mana lah nak bayar sewa premis bulan nih..
macam mana lah nak bayar bill maxis bulan nih..
macam mana lah nak jadi kaya sehingga tersenarai dalam orang kaya di malaysia tahun 2012..
macam mana lah nak bagi haters , sayang kat aku..
kahkahkahkah..
yang ni paling tak bole blah..
kalau zaman dedulu..
main pondok-pondok kat belakang rumah ngan kawan-kawan..
bila gaduh pun sebab berebut siapa nak jadi mak siapa nak jadi ayah..
berebut siapa nak masak nasi pakai pasir dalam tempurung..
bergaduh jap sampai jelir-jelir lidah..
" kami bagitaw mak kami ! "
" pi lah bagitaw. bluweerrrkk ! "
Pagi gaduh , petang dah berbaik..
dah ajak kawan tadi ronda-ronda naek basikal..
tu kalau kat rumah , kalau kat sekolah pulak gaduh sebab nak belanja kawan makan.
berebut nak tolong belanja makan nasi ayam kat kantin sekolah..
kalau kalah , muncung tu sampai lah ke petang nak balik sekolah ,
esok tu kawan balik macam biasa..
Nak masuk sekolah menengah , konon bajet matured sikit dah..
maklum lah , abg senior ramai kat kawasan rumah sebab aku pindah duduk rumah flat..
petang-petang je kumpul geng ramai-ramai.
eh silap , waktu pagi maen lompat getah..
berebut nak geng yang kuat-kuat je..
yang pasti aku tanak geng ngan adik aku..
sebab tak best ahhh geng ngan adik sendiri.. konon nya..
siapa adik beradik tak boleh geng dengan adik beradik..
nanti tak aci , main tipu..
bila kalah main lompat getah , masuk rumah hempas pintu kuat-kuat..
habis bergegar satu flat...
masuk belah petang , main rounders pulak..
budak laki fight dengan budak perempuan..
bila kalah , kena ejek sampai menangis..
esok tu kawan balik macam biasa..
buat lagi aktiviti yang sama..
huhuhuhuhu..
Indah kan zaman kanak-kanak..
Tak macam sekarang , kalau yang pembenci tegar tu memang sumpah seranah sampai ke tua rasa nya..
tak da makna nya nak gaduh pagi sampai petang kawan balik..
tidak sama sekali..
zaman sekarang , gaduh je stalk kat fesbuk..
gaduh pulak berbulan lama nya.. tak pun bertahun macam aku jugak..
kahkahkahkah..
Nak mintak maaf malu la pulak , nak ke dea maaf kan kita..
kita pulak , tunggu-tunggu orang tu datang mintak maaf..
nak jumpa tegur-tegur , eh memang tak lah..
Susah nya jadi dewasa..
macam-macam nak kena fikir..
kalau kecik-kecik tak payah nak fikir hari ni aku nak masak apa?
hari ni aku nak buat kerja apa??
hari ni boyfriend aku pakai baju apa??
ehh??
macam-macam hal kan??
Bila dah besar dengan cara dah besar..
Dugaan pasti lebih mencabar..
Ada hikmah nya bila kita berada dalam masaalah ,
Kita akan ingat siapa Pencipta kita..
Allah tak kan biar kan hamba nya selalu menangis..
Yang baek itu datang nga dari Allah ,
dan yang buruk itu datang nya dari diri kita sendiri..
Be Positive and Be The Real You..
Mirra Miya
No comments:
Post a Comment