Followers

Tuesday, 31 January 2012

Diary 3 Hari


Assalamualaikum....

ya ya ya..
aku tahu memang dah berhabuk blog aku nih..
selamba kacang aku tinggal kan korang dengan entry lama yang dah 40kali diulang baca..



Sebenarnya aku ada baaaanyaaaakkkk nak story mory kat sini..
Tapi tak sempat nak cerita .
sumpah , wa busy tahap gaban.
ala-ala presiden amerika nak lancar kan roket yang terbaru . pergghh



Last week aktiviti Full.. Full House cite korea yang aku suka tengok dulu tu..
Jumaat : aku tolong member Photo shoot . Adjust beberapa talent kat beliau yang aku kenal , sampai ke tengah malam baru settle.. Sumpah penat , tapi best ouh. Eh , korang ingat senang nak pegang payung beratus ringgit tu?? Nahi kabi nahi ! So , I was so enjoying while pegang the payung you know ~~

Tunjuk picture aku je. Picture model tak bole tunjuk lagi. belum siap.

Sabtu : subuh-subuh lagi dah gerak ke KL. ada lah urusan kerja sikit with my mom. hamek kaw , dah la balik tengah-tengah malam , pastu pukul 5 pagi mak dah kejut suruh siap-siap.
Buchuk-buchuk muncit ikut jugak , tapi dea best je tidur kat seat sebelah. dekat 3 jam dea tidur, buka mata je dah sampai Rawang. Pastu baru nak tolong drive...


Lepas habis urusan kerja tu , apa lagi.. KL Menjerit lahhh.. bawak mak and adik-adik jenjalan kat sana.. Nak harap kan aku , sumpah tataw jalan. Sesat bole lahh.. Naseb ada cousin orang sana.. jenjalan cari kan baju untuk adik aku dinner. Dea order je , aku dengan yang laen lah kena pulun cari kan baju untuk dea. Tema Koboi. Kalau aku dah tentu pakai baju tidur je pegi dinner. Yea la, zaman koboi dulu mana ada baju ala-ala dress najwa Latiff. Tidak sama sekali.

pukul 11 malam gerak balik Perak. tak bole tidur sana sebab buchukbuchukmuncit ada tournament bowling dengan bebudak office dea hari ahad tu. so , kena start kereta gerak balik jugak.

Ahad : 4pagi. baru sampai rumah. Drive balik memang lama. sebab banyak kali behenti rehat. mengantok ya amat.. macam ada setan gayut-gayut kat mata nih. Mira , tidur lah mira.. tidur lah kamu.. Ate , macam mana nak drive nye?? memang tak lah. tukar drive jap.



Sampai je rumah terus terbongkang tidur tak hengat dunia. Secara jujur nya , bangun tengah hari  , si kakak ajak tengok wayang pulak. Underworld : awakening.
menjerit-jerit aku tengok filem tu. memang super junior duper best gilanakmampus..



Dipendek kan cerita lagi lah , last-last hari ni baru ada masa nak update entry. harap-harap lepas nih aku masih ada masa nak merepek kat sini. Silent readers , thanks for reading yeah!

 # err , by the way tunggu nanti aku akan update pasal photo shoot Jumaat lepas tu. Soft copy picture tu siap aku masuk kan kat sini. Senang sikit nak sher cerita ngan korang. Tunggu yeah ! 

Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya.

Sunday, 22 January 2012

Husna E Day


Assalamualaikum...

Humang aihhh...
berhabuk nye la blog aku..
Lama berzaman tak update nih..
Sorry , kali ni wa takde alasan lagi nak bagi kat lu orang..
Nanti ahh wa fikir alasan then wa bagitahu lu orang..




Eh , apsal haa CNY kali ni aku tak dapat pun buah limau?
Angpaw jauh sekali lah nak dapat.
Rasa macam mengidam limau pulak nih.
Apa kah perlu aku ketuk pintu umah bebudak cina classmate aku dulu?
ahmoi cantek , tahun ni wa talak dapat limau mehh? haiiyyaa~


sudah sudah !!
bukan buah limau yang jadi motif penceritaan hari ni.
lupa kan tentang limau dan angpaw yang memang tak nampak bayang tuu.
dah orang sudi tak bagi , tak kan kita nak hegeh-hegeh meminta. okay over.


Kite nak cite kat awak semueee pasal nihhh...




Selamat Bertunang Cik Husna. 

comel kan? macam Nora Danish kan?
Macam Barbie Doll kan?
suka suka !



22.01.2012 beliau selamat menjadi tunangan orang.
So lepas ni , kita tunggu majlis perkahwinan dea pulak eh?!
alaaa , jangan la macam tuu..
Aku tak bole ahh nak jemput korang , bukan aku punya kenduri ,
kalau kenduri aku , memang aku aku jemput semuuuuaaaaaaa..
di ulangi , semuaaaaaaaa yang baca blog nih.
hokaaayyy??
(^___^)v

Penat weh nak type , tetiba jari aku cramp.
tipu sikit.
So , tengok picture je okay?
ampun kan kemalasan aku. beliau ternyata bersalah yang arif.


Nih hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. Banyak kan?? campur yang orang bagi semua ada 23 bekas. whoaaa~ *sambil mulut terngaga-nganga*


close up sikit : best kan tuala nih. siap ada sulam nama diorang. berbulan dah tempah nih!


Close up lagi : aku paling suka bakul buah nih. comel ya amat ! bakul dea kecik je. macam bakul baby. bhahaha. serius , aku suka. *nak cakap jugak aku tolong hias buah2 tu*



Close up lagi dan lagi : aku rasa nak bawak balik coklat ni semua. serius. aku suka. Y__Y

 banyak kan? ruang camera henpon aku tak mampu nak snap kesemua. dpt ciput je. harap bersabar dan mampu memilik DSLR satu hari nanti. huhuhuhuh Y__Y


harus lah aku menyemak sekali kat situ. jelas ternyata , una adalah suku dari badan aku saja. sediihhh dengan kelebaran badan sendiri..





okay ni masa dah lepas sarung kan cincin. dah macam artis pulak aku tengok. hihihi.


satu langkah lagi untuk mereka ke alam perkahwinan. weeiiwwiitt. 


yang sebelah Husna tu kakak aku. solo lagi. harap maklum. =.='


yang sebelah Husna tu Mira. dah berpunya. kahkahkahkahkah :D








Alright , overall semua nya berjalan lancar....
Penat sikit tapi sangat best !
Makanan sedap , licin licau habih semua tetamu makan..
Pelamin cantek sebab semua nya pakai fresh flower even pagi majlis tu bunga ada yang da nak layu. tu salah kan owner butik tu. 
baju yang sangat cantek..
Make up yang ohsemm da nampak macam Nora Danish gitu..
Hantaran banyak , cantek dan mahal..
ahhh semua best lah !


* Na , aku doa kan hang terus bahagia. Setelah penderitaan yang hang lalui sebelum nih , dan sekarang hang harus bahagia. aku sebak okay. =.=' I'm looking forward for your wedding day, bestie ! *

Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya

Wednesday, 11 January 2012

Alangkah Indah nya..



Assalamualaikum....

Start entry lagi dah di tepek wajah sendiri..
nih bukan aku nak cerita pasal semangat kesukanan or harimau muda , harimau malaya , or harimau mati meninggal kan belang , tidak sama sekali..

Saja aku tepek muka sendiri sebab nak sedar kan diri di awal tahun 2012 nih umur aku dah melompat satu lagi anak tangga ke angka 24 tahun..

Alangkah indah nya menjadi kanak-kanak berusia 4 tahun..
memakai skirt kembang-kembang dan berlari-lari di dalam rumah sambil memegang botol susu dan anak patung..


Alangkah indah nya kalau aku masih berusia 14tahun muda remaja..
menyarung uniform sekolah dan berjalan terkedek-kedek ke kelas..
bangun pagi pergi sekolah , tengah hari balik tidur terbongkang kat rumah..

Alangkah indah nyaaa....
eh , dah tak da indah dah..
seronok nya kalau aku bukan dewasa..
tak payah la setiap hari aku kena fikir ,
macam mana nak bayar installment kereta bulan nih..
macam mana lah nak bayar sewa premis bulan nih..
macam mana lah nak bayar bill maxis bulan nih..
macam mana lah nak jadi kaya sehingga tersenarai dalam orang kaya di malaysia tahun 2012..
macam mana lah nak bagi haters , sayang kat aku..
kahkahkahkah..
yang ni paling tak bole blah..



kalau zaman dedulu..
main pondok-pondok kat belakang rumah ngan kawan-kawan..
bila gaduh pun sebab berebut siapa nak jadi mak siapa nak jadi ayah..
berebut siapa nak masak nasi pakai pasir dalam tempurung..
bergaduh jap sampai jelir-jelir lidah..
" kami bagitaw mak kami ! "
" pi lah bagitaw. bluweerrrkk ! "
Pagi gaduh , petang dah berbaik..
dah ajak kawan tadi ronda-ronda naek basikal..

tu kalau kat rumah , kalau kat sekolah pulak gaduh sebab nak belanja kawan makan.
berebut nak tolong belanja makan nasi ayam kat kantin sekolah..
kalau kalah , muncung tu sampai lah ke petang nak balik sekolah ,
esok tu kawan balik macam biasa..

Nak masuk sekolah menengah , konon bajet matured sikit dah..
maklum lah , abg senior ramai kat kawasan rumah sebab aku pindah duduk rumah flat..
petang-petang je kumpul geng ramai-ramai.
eh silap , waktu pagi maen lompat getah..
berebut nak geng yang kuat-kuat je..
yang pasti aku tanak geng ngan adik aku..
sebab tak best ahhh geng ngan adik sendiri.. konon nya..
siapa adik beradik tak boleh geng dengan adik beradik..
nanti tak aci , main tipu..
bila kalah main lompat getah , masuk rumah hempas pintu kuat-kuat..
habis bergegar satu flat...



masuk belah petang , main rounders pulak..
budak laki fight dengan budak perempuan..
bila kalah , kena ejek sampai menangis..
esok tu kawan balik macam biasa..
buat lagi aktiviti yang sama..
huhuhuhuhu..
Indah kan zaman kanak-kanak..

Tak macam sekarang , kalau yang pembenci tegar tu memang sumpah seranah sampai ke tua rasa nya..
tak da makna nya nak gaduh pagi sampai petang kawan balik..
tidak sama sekali..
zaman sekarang , gaduh je stalk kat fesbuk..
gaduh pulak berbulan lama nya.. tak pun bertahun macam aku jugak..
kahkahkahkah..
Nak mintak maaf malu la pulak , nak ke dea maaf kan kita..
kita pulak , tunggu-tunggu orang tu datang mintak maaf..
nak jumpa tegur-tegur , eh memang tak lah..



Susah nya jadi dewasa..
macam-macam nak kena fikir..
kalau kecik-kecik tak payah nak fikir hari ni aku nak masak apa?
hari ni aku nak buat kerja apa??
hari ni boyfriend aku pakai baju apa??
ehh??


macam-macam hal kan??
Bila dah besar dengan cara dah besar..
Dugaan pasti lebih mencabar..
Ada hikmah nya bila kita berada dalam masaalah , 
Kita akan ingat siapa Pencipta kita..
Allah tak kan biar kan hamba nya selalu menangis..
Yang baek itu datang nga dari Allah , 
dan yang buruk itu datang nya dari diri kita sendiri..


Be Positive and Be The Real You..
Mirra Miya

Tuesday, 10 January 2012

Hari stress sedunia..


Assalamualaikum....

Hari ni adalah hari stress aku.
Ya , hari stress dan juga hari marah aku. 
Baru 10 hari masuk tahun baru , 
aku dah dapat bayang kan dugaan nya berat ya hamaaaattt ~

Biar lah hari ni orang nak kata aku rakan seperjuangan syaitonirrajim pun , memang aku tak mampu nak melawan perasaan marah dan stress yang bermaharaja lawak lela dalam sanubari aku wehh..~
Rasa letih gila pala hotak aku memikir hari ni..
macam-macam di sumbat dalam pala hotak aku untuk fikir..
Tolong jangan suruh aku fikir lagi hari ni , 
maka kalau fikir jugak rasa nya layak lah korang tolong daftar kan nama aku kat wad gila Tanjung Rambutan..


baru-baru berangan nak tukar henpon baru setelah dapat cheque minggu ni , 
tetiba makhluk Allah tersebut melari kan diri pulak..
Rasa macam dunia tungang terbalik ja , 
gila ka hoi , aku hutang belambak dah dengan supplier bahan mentah demi nak siap kan barang yang kau order..
kemain lagi order beriban-riban , sampai masa barang da siap , aku nak hantar kau lari pulak! 
ape ke jenih manusia la kau nih oii..~

macam tu lah salah satu ayat yang keluar dari mulut aku sejak pagi tadi..
memang dosa kering je sebab aku sumpah seranah makhluk tersebut..


stress bertambah kilo hari ni bila , aku terpaksa settle kan installment moto rempit adik aku dedulu kala..
kalau tak bayar , kau jalan kaki lah oi !
maka terpaksa lah aku meringan kan diri dan membayar sejumlah kecil installment tersebut..
muka amoi yang jadi kerani di kedai moto pulak , bagai nak meminta-minta bagi kaki saiz 4 ni setepek kat wajah beliau.
hello amoi , budi bahasa budaya kita lah. muka kasi manis sikit lah.
Ingat wa talak duit kah mahu bayar??
aku settle kan semua , baru amoi tu senyum sampai ke telinga..
Nanti gran dah siap , memang tak hingin dah aku jejak kaki kat kedai tu.
heh!



Dalam kemarahan yang membuak-buak di dada. cewah ,
sebenar nya wa sedih ouuhh.
wa sentap , wa touching..
sediihh..
kenapa makhluk Allah tersebut buat macam ni..
berdengkibusukhati sungguh !
macam ni lah adat business kan..
ada untung ada rugi , tanggung risiko...


Kata mak : takpa , InsyaAllah takda rezeki kita ngan beliau , Allah akan beri rezeki laen yang lebih baek untuk kita.. bersabar lah..

Be Postive and Be The Real You , 
Mirra Miya


Thursday, 5 January 2012

Pengawas Cemerlang


Assalamualaikum...

ZzzZzzZzzZzz~
Feel mengantok tak habis lagi..
semenjak buka sekolah ni , dah macam rutin harian wa pulak nak menghantar adik kecik wa yang nak amek PMR tu pegi sekolah..
Memandang kan sekolah dekat je dengan umah , wa rempit je pepagi tu..
Hamboi , kemain sejuk lagi pepagi rempit kan..
Sampai ke tulang sumsum wa rasa! 
Kantoi , wa keluar pepagi tak mandi.
sssshhh...
ni rahsia : kalau wa mandi kang lepas hantar adik wa , wa tak bole lelap balik..
rugi ouuhhh.. !

Tetiba aku jadi rindu pulak nak jadi budak sekolah..
dah tiga empat hari dah perasaan ni wujud dan terjah kedalam lubuk sanubari aku..
Bila bawak adik aku shopping barang sekolah , aku pulak yang terkinja-kinja pilih kan untuk dea barang tu barang nih..
pheeewww..
mana nak dapat lagi perasaan teruja membeli barang sekolah..

dan aku mula terkenang zaman kanak-kanak ribena aku dulu.. ~


Dedulu masa aku form 3 , aku jadi pengawas. hello , muka memang macam penganas tapi aku sebenar nya mendapat mandat untuk menjaga keamanan sekolah Okay ! sekolah aku dulu ada dua sesi . form 3 kira sesi pagi. memandang kan aku pengawas , dah tentu la aku antara yang terawal tolong buka kan pagar sekolah untuk bebudak lain. Kemain gelap lagi dunia , aku dah menapak ke sekolah. Eh , masa form 3 aku menapak ke naek basikal eh?  lupa. abaikan.


Jadi pengawas sekolah bukan la tak best , cumaaa...aku terpaksa melantak mee goreng campur kuah laksa makcik kantin tu dengan hanya 5minit saja. bayang kan , waktu melantak tu memang aku tak angkat muka dah. gila , kalau lambat makan nanti lambat lah aku nak kena jadi makpacak kat tepi pagar nuhh. nanti ketua pengawas spotcheck , bertubi-tubi lah syarahan aku kena masa meeting nanti. urgghhh. mee goreng makcik tu sedap taw! aku tak sempat nak menghayati sepenuh nya.



Bila bertugas jaga makmal , dah tentu lah aku kena berkepit dengan buku rujukan. kemain besar kedabak buku nya , tapi hareemm baca 1 page je pun. kahkahkah. apalah salah nya aku bawak mindmap yang kecik molek je. Bila ada pelajar lalu depan aku , dengan sengaja buang plastik cekelat, aku dengan sepantas kilat menjegil biji mata dan mengarah kan beliau kutip dan buang tong sampah. cisskek betol ! tapi laen pulak kalau abg senior yang aku admire tu melintas dan tak sengaja membuang plastik cekelat depan aku. aku cool. maybe dea tak sengaja. aku kutip dan buang dalam tong sampah. Laen kali hati-hati yea..

kahkahkahkah. Seronok ouhh jadi pengawas sekolah. bila aku malas nak mengadap papan putih , tetiba ketua pengawas buat pengumuman ada meeting. laju aku keluar. bebudak laen yang memang dah tak hadap buku , usyar tak puas hati. heh! meeting 15minit je , aku memerap kat bilik pengawas sampai sejam. hehehehe. bukan aku malas, cuma kadang-kadang otak aku tepu nak terima pelajaran hari tu. hoho. Bila ada spotcheck , apa lagi aku kawtim cepat-cepat dengan member kelas yang lain. " hoi , hari ni lepas rehat ada spotcheck. sorok taw majalah yang kita baca tu kat dalam tong sampah! sapa yang bawak handfhone, meh sini aku sorok kan " Spotcheck berjaya , dan barang terlarang aku dan kawan-kawan selamat disorok kan. heh!

Ponteng kelas ni biasa lah. walaupun aku memakai baju seragam kain merah dan baju putih aku tetap jugak ponteng kelas weh. ni semua salah kawan-kawan aku. diorang ahh mengajar suruh ponteng. tipu sikit. pastu kantoi , kena masuk kelas tahanan. bhahahaha.



Aku juga salah sorang ahli kelab bola baling. 3 tahun jugak aku menceburi bidang tersebut. sebab tu lah dulu aku slimriver saja. sekarang? jangan tanya. gemuk kemain. heh! bila ada kejohanan sukan sekolah-sekolah paling best sekali. satu - tak payah masuk kelas. dua - dapat usyar budak laki sekolah laen selama 3 hari. untung-untung bole passing number fhone.  kahkahkahkah. kegatalan aku terserlah disitu. 

Bukan takat bola baling , sekolah aku antara yang TERHEBAT dalam bola sepak kat negeri Perak. yang ni aku tak tipu. memang betol. bila petang-petang ada game , aku dengan kawan-kawan sibuk menepek dalam bas sekolah sebab nak ikut tengok game tu. Apa ntah lagi abg senior yang aku selalu kenyit-kenyit mata tu antara star pasukan bola sepak. kahkahkah. bila dea beraksi kat padang kemain lagi aku jadi pompom girl kat tepi. 



Seronok nya jadi budak sekolah. Tak payah fikir mana nak cari duit bayar bill maxis , nak bayar installment kereta , nak bayar sewa rumah. Cukup masa paw je kat mak abah. tiap-tiap tahun dapat kasut baru , beg baru , uniform baru.. best nya ! kawan-kawan pun ramai. pepagi buta time perhimpunan dah start gosip-gosip sampai tengah hari nak balik. kena denda siap kan kerja sekolah luar kelas , kena tibai sebab tak bawak buku latihan , kena marah sebab buat bising , makan dalam kelas , dating hari kokurikulum , dan macam-macam lagi ahh. persembahan choir dan choral speaking aku lah ketua! bhahaha. best ouuh..

Tapi bebudak sekarang aku tengok , pegi sekolah pun nak make up bagai..
aku dulu , hingus meleleh lagi selamba pegi sekolah..
lepas balik sekolah , terus update status kat facebook..
aku dulu , balik sekolah siap kan homework pastu tidur je! hehehe~
nak beli barang sekolah pulak semua yang jenama ,kalau bole kasut sekolah nak jenama levis..
kahkahkahkah.. agak-agak aku nak menipu pun~
aku dulu tak kisah je , asal kan barang-barang aku semua colour pink dah okay dah..
cool kan colour pink?? ;)

kenangan masa sekolah dulu , dah 7 tahun aku tinggal sekolah.
dah 7 tahun aku amek SPM.
Halamak , baru teringat !
Sijil Berhenti Sekolah aku hilang !
macam mana nak buat??

Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya.


Tuesday, 3 January 2012

Haiyebiu~


Assalamualaikum..




HAPPY 2ND YEAR ANNIVERSARY ! 

yeahh yeahh ~
untuk bb muncitbuchuk ,
Thanks for always be there when I need you..
Thanks for your concern..
Thanks for your protection..
eh susah pulak speaking..
macam tak rock jaahhh !
heh!

Hope planning kita tahun ni nak simpan duit setinggi gunung akan tercapai.
hoo yeah~

Thanks walau pun saya selalu kena marah sebab membazir makanan , awak tetap juga ikut kehendak saya nak makan apa..

Walau pun saya suka call banyak kali time awak kerja , awak tetap jugak bisik-bisik jawab call saya - walau pun saya call pagi2 cuma nak cakap saya mimpi buruk. 

walau pun awak suka tipu saya demi nak keluar minum dengan kawan-kawan, esok nye awak akan jujur jugak beritahu saya.

walau pun saya selalu buat helah sakit kepala demi tanak drive kereta bila kita nak dating , awak tetap jugak drive sampai muncung nak tersentuh stereng..

walau pun awak letih baru balik kerja , tapi awak tetap jugak datang jumpa saya..

walau pun awak takda duit nak bawak saya jenjalan , awak tetap jugak bawak saya pergi makan - menambah kan lagi lemak tepu saya.

walau pun saya suka tuduh-tuduh awak keluar dengan perempuan laen , awak tetap juga bersumpah bagai demi nak saya percaya..

walau pun awak tak suka makanan yang saya masak , awak tetap makan jugak - dan lepas tu awak muntah. saya tahu tu.


awak tahu tak , saya tetap sayang kan awak dan makin sayang kan awak..
walau pun...

awak asyik dengan trademark " aku sepak hang nanti " tiap kali saya degil tanak dengar cakap awak. - awak tak penat ke dengan trademark yang sama?

Bila saya tengah drive kereta , saya akan bercerita tanpa henti tetiba sedar je awak dah terlentok kat seat sebelah. - memang saya selalu cakap sorang-sorang.

Tiap kali nak keluar , saya akan ingat kan awak banyak kali untuk tidur awal dan keluar ikut masa yang di janji kan. tapi bila sampai masa , awak masih tidur dan tak sedar kan diri. - saya tunggu awak bersiap berjam lama nya dalam kereta di bawah pokok.

Bila saya tengok handfhone ada 3 miscall awak akan kecoh macam 300miscall yang awak dah buat - hello , saya pernah buat 100miscall dekat awak tahu?

Bila saya ada masaalah , dan mintak pendapat awak , awak mula buat muka blur dan mula nak tertidur. =.='

Bila awak buat salah , awak mula nak buat muka yang saya rasa nak buat tamparan hebatlajulaju kat awak tapi apa kan daya, saya akan terus je maaf kan awak walau dalam hati " menyampah haku, baru nak marah lebih-lebih dah wat muka kesian"

Apa pun yang terjadi , saya tetap sayang kan awak no matter what happen.. Apa pun yang pernah terjadi antara kita , kesilapan dan keegoaan masing-masing kita perbaiki saja okay. Dan berdoa semoga kita dipertemu kan jodoh. 

hohohoho~






Be Positive and Be The Real You , 
Mirra Miya