Followers

Wednesday, 16 November 2011

Trauma : Kisah Lalu

Salam. Hallu hallu !

Piiinnn Pinnn 
Poonnn Pooonnnn.

eh sebelum tu , start hari ni dan kesekian hari nya wa nak tuka bahasa.
tamaw saya-saya lagi.
nak cakap aku-kau atau lebih rock aku-hang saja.
sebab :
tak cool lah cakap saya-saya. macam skema. okay. =.='

 *******
minggu ni adalah minggu rempit semalaya.
jangan tanya kemana pergi keta waja yang gagah perkasa
atau
kereta kancil turbo a.k.a ferrari berkuasa laju gila babas.
motif nya minggu ni adalah minggu rempit
ego Lc-pinjaman sementara-macam sendiri punya.

"eh eh nampak kurus lah pakai tshirt macam ni."
"aik..macam budak sekolah la pakai macam ni "
derrr..
wa da besar lah , perlu ke wa mention kat lu umur wa berapa?
rasa nak tepek muka makcik tu dengan halmet yang aku baru nak pakai ni.
tak habis- habis makcik ni sindir aku gemuk la macam budak sekolah la.

Baju yang aku pakai ni tshirt uniform kedai mak aku lahh.
dah aku secara rasmi nya menjadi penganggur sekarang dan keja yang aku buat adalah membantu mak aku kat kedai, dah tentu lah aku pakai uniform ni.

apa ke salah nye aku pakai tshirt besar-besar , seluar track suit demi memudah kan pergerak kan aku *sebenar nya seluar jeans suma kena basuh* , tudung kecik comel molek dan menggalas beg laptop macam beg sekolah , makcik tu cakap aku budak sekolah. 
apakah dosa aku kelihatan begini.
aku tak dapat terima =.=' 

biar lah makcik tu. 
sesungguh nya aku ada rahsia nak cerita kat korang.
pasal ke-trauma-an. 
Sekitar tahun 2007-2008 
waktu aku bergelar student di PUO , 
aku selalu rembat moto member kalau nak ke kelas , nak ke kedai runcit , 
nak beli topap , dating , keluar dengan kawan.

Penah satu hari tu , 
dengan jalan raya yang masih basah-basah sebab hujan lebat ,
aku merempit sorang diri sambil follow member aku yang merempit jugak.
*masa tu aku single mingle sebab tu ahh naek moto sorang ja. sobbsss*

Maybe aku felling lebih kot masa bawak moto tu , 
ntah macam mana aku ter-break mengejut pulak.
naek scooter pulak lagi.
jalan pun basah.
bawak pulak laju-laju.
apa lagi , jatuh tersungkur tergolek dock mencium jalan tar.
eeeuuuwww.
pengsan.
gulap gulita.

bukak mata , ouh aku dimana aku dimana? 
kenapa aku kat sini?
apa dah jadi?
*over macam dah hilang ingatan dalam drama tv pulak*
"cik , siapa nama cik? apa dah jadi?"
doctor india tu boleh tanya kat aku macam dah tak sabar-sabar.

bluuwweerrrkkkk~
amek kaw! aku muntah sebaldi kat muka nurse ngan doctor tu.
pening pening! bumbung duduk kat lantai ,
lantai duduk kat dinding.
ahhh. 
pengsan lagi. dan lagi.

terpaksa lah check in satu hari kat hospital besar Ipoh.
seronok kan?
lutut tepeleot , kepala bengkak ,
kaki tangan calar balar.
yesss. 
parut kekal kat lutut sekali.

sampai lah sekarang aku memang agak trauma kalau naek moto.
especially scooter.
memang aku akan bawak slow ya amat.
paling laju 80km/j sahaja !

lantak ahh nak hon ke nak cakap :
hoi lembab macam siput vavi !
biar lah.
korang tak tahu trauma dan kesakitan nya macam mana.
sampai sekarang you know , lutut aku masih tak berapa nak berfungsi.

haaa..
tragis kan..
kalo naek keta jangan cakap lah..
micheal schumaiker *ampun aku tak reti eja nama dea*
tu belaja racing dengan aku la wehh...
hahahhahahha..
okay over. =.='

sudah-sudah.
ni rahsia kita saja okay.
lepas ni kalo nampak aku bawak moto macam siput , 
sila jangan gelak guling-guling kat aku.
dan jangan cakap aku macam budak sekolah.

sekian terima kaseh.

Be Positive and Be The Real You
Mirra Miya

Keinginan jangka masa kini

Salam. Hallu Hallu !

Bllerrkk...
Kekenyang selepas melantak roti canai telur kejap tadi.
Syok weh makan panas-panas sambil berebut-rebut ngan adik-adik dan mak.
" aduuhhh ! panas nyaaa "
akibat kegelojohan saya nak menyuap roti telur ke mulut dengan perasaan tamak.
" masak dengan api , panas lah. bukan masak dengan air "
kata mak sambil senyum sumbing. 
eh bukan nak cita pasal roti canai telur. 
no no no.

sebelum melantak tadi , adik-adik ada bunyi nak beli tu nak beli ni..
sebagai seorang kakak yang garang  penyayang, saya rasa kesian sebab adik-adik ni selalu dah berangan nak beli tu beli ni..

So hari ni , saya nak list kan kehendak hati saya dan jugak adik-adik. check it out bebeh !

hajat adik sepupu a.k.a penasihat hijab :

 budak ni cakap dea nak dress ala-ala yuna pakai. dea nak beli yang ada kat butik kat Kolumpo nuh. dea siap Like fan page butik tu kat fesbuk. penah sampai termimpi-mimpi beliau punya la tehingin kan dress macam kat bawah ni :

dea nak dress macam ni , cardigan macam ni , heel macam ni , shawl macam ni. ahhh. semua macam ni lah. siap dengan belt sekali. dea kata NAK jugak-jugak. siap lah. duit simpanan dea cukup confirm dea paksa saya bawak dea pi Kolumpo. *nak sesat lagi bole la*

Hajat adik kecik a.k.a model dalam rumah

si kecik ni pulak cakap nak wedges sebab nak pakai ngan skirt kembang-kembang bila menari2 bole skirt tu pusing-pusing 180darjah. huhu. sebelum ni dea asyik nak suruh beli kan sneakers tapi disebab kan perubahan image telah berlaku jadi dea tersangat suka minat addicted over excited tengok wedges macam ni :

 
 errrr. ketinggian kasut ni agak melampaw kan? bagi saya lah. Qyla sila la pakai. tapi kalo jatuh bangun sendiri oke. kakak tak bertanggungjawab. I loike Pink. 

Hajat Mak kesanyangan a.k.a Taukey Kedai.

Bila kiteorang anak-beranak nak keluar jenjalan mak mesti bising cakap takda baju lah , baju dah tak best lah , baju dah bosan malas nak pakai yang sama lah. asyik-asyik baju ni lah. padahal 2 almari penuh baju mak jenjalan saja. selalu nya bila poket atau purse pink comel-comel saya dipenuhi dengan wang kertas bercop wajah agong-yang-hensem , saya mesti akan pegi shopping dengan boyf dan beli kan mak baju-baju cantek dari butik-butik mahal yang orang takut nak jejak *tipu sikit lah part butik mahal ni* , sebab tu la almari baju mak dah semakin penuh. tapi kali ni mak asyik cakap nak baju hijau yang sejibik macam ni :

ni kita panggil hijau apa eh? hijau tua? hijau lumut? hijau terang? maaf, saya ada masaalah mengenali warna. tapi hijau ni nampak cantek la pulak. I loiikee. :) Satu hari nanti kakak beli kan untuk mak ye. 

Hajat sepupu kesayangan a.k.a penasihat terbaik. 

sedang kesibukan ber-yahoo messenger dengan along tadi , saya gedik-gedik saja tanya kat dea barang apa yang dea paling nak sangat beli sekarang. * sebenar nya saya dah tahu da sebab dah baca blog dea. tapi saja tanya lagi * ngeh ngeh. dea cakap nak sangat hentak-hentak kaki , guling-guling kat lantai mogok tanak makan dan macam-macam lagi sebab nak jugak-jugak benda alah ni :

 Samsung galaxy Note kata nya. Harga dea berapa riban? sat sat. tak sempat nak google pulak harga nya tadi. sabo ye along. benda ni secara rasmi nya di jual kan Malaysia , along segera lah rembat henpon tercanggih di abad ini okay ! >,<

Hajat adik kesayangan a.k.a kawan gaduh sepanjang masa saya.



budak ni sorang lagi. Nak yang limited edition. kalau murah dan belonggok jual kat Road Walk or Gerbang malam senang lah jugak nak cari . Ni dea jatuh cinta tengok benda ni kat internet. saya try jugak servay , kasut macam ni ada jual kat mana? diorang cakap bole beli online. issh. tak bekenan la nak beli online. kot nanti tak muat , acane??

 nike for women. macam sneakers tapi ada heel. ouh. confirm lah tak di pakai untuk berlari, di pakai untuk kelaur mengedik-gedik. tapi tapi tapi , saya tak faham kenapa dea nak jugak kasut ni. confirm punya kalau beli pun almari yang pakai. dea mesti tanak pakai pegi keluar punya lah. taw sangat. =.='
 
hajat adik sepupu kesayangan a.k.a suka gelak kuat-kuat


hah ! yang ni sorang lagi. orang lain berangan nak ada barang-barang yang mampu buat kan orang laen jeles dan dengki ditahap maksimum , dea pulak tehingin sangat nak melantak makanan kat bawak ni. hey hey , lari tajuk la budak ni.

Tutti Fruitti. mahal benda alah ais krim ni. tapi ternyata sangat lah lazat berkrim disukai ramai hingga menjilat siku ! betul percaya lah walaupun saya tak penah merasa lagi . sabar naa adik , nanti kita pi makan puas-puas sampai muntah taw ! adik belanja akak on saja! :)


hajat cinta sayang buchuk-bucuk muncit a.k.a 'musuh ketat'


buchuk-buchuk ni cakap dea nak banyak sangat barang. tapi tak bole lah. semua orang bole cerita satu ja barang. ahh . dea nak lebih pulak. tak aci tak aci . selain dea suka make up kereta dea dengan sound system yang besar bapak dan ubah suai kereta turbo menjadi lebih laju dari ferrari , dea suka jugak dengan gadget. dah 40 kali dea apply kat saya benda alah ni untuk dea main time bosan-bosan gadoh ngan saya atau bosan-bosan tunggu saya bersiap nak keluar.


Ipad 2. harga dea berapa? tak maw taw lah. kalo amek taw bermakna kena simpan duit dan beli. ahh. nanti rosak benda ni mesti rasa tak berbaloi pulak. hahahah. buchuk-buchuk , nanti kita kaya raya rasa duit simpanan dah melimpah ruah kita pegi beli benda ni nahh? :)

Hajat hati saya a.k.a kalau mampu saya nak beli jugak

Sebelum tidur sambil baring-baring goyang kaki kiri kanan , dalam kepala hotak asyik berangan je. bila la aku nak beli benda ni..eh benda tu lah. mcm cool saja. eh tak maw la, benda yang ni lagi hebat. no no , benda tu lagi buat orang dengki tahap maksima. tapi tapi tapi bila nak dapat?
Blackberry Torch 9800. wawawawawa T___T dah berzaman paw henpon terhebat ni kat boyF , tapi tak dapat-dapat pun. dea cuma bagi samsung galaxy saja. saya nak blackberry! sebab bole bbm dan fesbuk dimana saja dengan kawan-kawan. diorang ckp blackberry lah baru world! say nak saya nak. menangis 4 hari dalam bilik tapi tak dapat-dapat jugak pun.
 

DSLR Nikon D700. dah 2 tahun boyf mengidam dan apply saya benda ni. tapi tak jugak saya beli kan untuk dea. dari d300 sampai d700 tak dapat-dapat jugak. adalah sebab-sebab tak larat nak tuli kat sini kenapa. huhu. tapi dalam hati sanubari saya pun mengidam minatang camera pusing-pusing macam photographer dok pakai ni. dan tehingin jugak nak hadiah kan kat boyf. InsyaAllah ada rezeki kita bola okay!

Okay dah cukup!
korang pulak macam mana??
mengidam nak beli apa bila banyak duit??

maybe apa yang saya dan adik-adik nak tu , korang dah ada siap dah berhabuk lagi sebab dah bosan pakai. 
tapi kitorang masih terkial-kial simpan duit. 
almaklum lah , hidup dalam kesederhanaan macam ni lah.
tapi kitorang enjoy je !
 satu hari nanti ada rezeki kitorang ada jugak benda-benda semua ni.
samaada perlu ada atau saja gedik nak habis kan duit, 
tak kesah.
sebab kitorang berusaha dan sangat appriciate dengan apa yang kitorang ada.


Be Positive and Be The Real You.
Mirra Miya

 

Monday, 14 November 2011

Percintaan Dalam Hujan.

Salam. hallu hallu !
tetiba rasa mengantok pulak nak post entry ni. 
eh tak tak.
kebosanan melihat adik-adik makan kuaci sambil borak-borak mengadap tv dan dgr lagu hindustan kat laptop. 
yang mana satu diorang buat ni? 
macam-macam.
semalam agak letih sebab berlaku nya perbincangan hati ke hati with boyF. 
saja buat tabiat teruk. 
kereta ada parking elok-elok simpan kat rumah. 
naek moto ego-lc pinjaman dari adik.
dan kemudian , basah lencun akibat hujan yang tak bagi peluang langsung nak dating-dating ronda kat dalam pulau.

* rembat moto adik nak pegi dating.*

ronda punya ronda , perut pun bergoncang hebat. 
saya mahu nasi saya mahu makanan sedap.
tolong lah beri saya makanan. 
 sedih nya , perut sampai merayu-rayu.
tapi saya buat-buat degil. 
ronda lagi , hujan yang turun saja buat-buat cool rasa macam salji yang turun. 
indah. hati berbunga-bunga.
basah pun takpe , sebab dengan si dea.
bila hujan makin lebat , boyf cakap :
" ini lah dikata kan percintaan dalam hujan "
auwwww-auww~
ronda lagi , nak cari nasi kandaQ line clear lah nasi kandaQ kayu lah..
last sekali ,
pegi lepak Kapitan jugak.
order la Cheese Nan Tandoori yang sangat hebat dan boleh buat lupa diri bila makan.

  makan sampai muntah lagi ni. ouuh! kenapa la benda ni buat saya ketagih. please lah!
 

nasi briyanni. favourite boyf. makan sampai menjilat siku.


bla bla bla bla bla...
blaa blaaa blaaa....

kroiihhh krooiihh...
prung prang prung prang...

Sambil dalam mulut penuh nasi , tangan kanan pegang cheese nan , tangan kiri pegang ayam tandoori. 2-2 nak seumbat dalam mulut serentak,
Ya memang agak pelahap dan gelojoh.
 kami pun berbincang dari hati ke hati. mata ke mata . mulut mengunyah makanan macam dah 14 hari tak jumpa makanan.
dari hujan lebat sampai matahari da suluh muka , duduk jugak lagi kat table tu sambil muka serius berbincang ala-ala masalah negara nak kena serang ngan ultraman.

akhir sekali , kesimpulan terbaek yang dapat disimpul kan disitu adalah :

tak semua orang suka kan kita.
tak semua orang boleh terima cara kita.
tak semua orang senang dengan cara kita.

Jodoh itu misteri .
Jodoh itu rahsia Allah .
Ya itu prinsip saya.
selagi boyF belum salam tangan tok khadi ,
selagi saya belum buat tanda tangan panajng berjela kat surat nikah ,
selagi saya belum pakai gaun kawen yang direka cipta khas untuk saya *berangan saja*
selagi itu saya tidak meletak kan harapan yang terlalu tinggi dalam hubungan ini.
saya belum ada hak apa-apa untuk menghalang atau memaksa hubungan ini.

Kekurangan saya adalah pelengkap dea .
Kelebihan dea adalah kesempurnaan saya .
walau apa dugaan yang datang , hanya kami yang tahu hati masing-masing.
selagi terdaya kami akan bertahan.
selagi termampu kami akan terus kan.
jika jodoh itu milik kami , kami akan bina masjid yang bahagia. InsyaAllah.
tapi jika bukan jodoh itu milik kami , 
biar lah diakhiri dengan sebaik-baik nya.
 saya terima apa yang jadi. saya redha apa saja yang datang.
yang tak kenali saya , nilai lah apa saja.
yang berdendam , bermusuh , saya tak da hak untuk menghalang.
yang sayang kan saya , yang rindu kan saya , yang senang dengan saya ,
saya hargai sepenuh nya.
hanya yang mengenali saya yang tahu siapa saya. 
*dah macam artis la pulak. pls pls.jgn kontroversi* 

Ouh. cukup saja sampai disini luahan hati ke hati dengan korang. 
janji ini rahsia kita saja yaa.  apakah?
 agak serius dan skema entry kali ni sebab hati masih ditampal plaster sebab hinaan dari seseorang. ouh. luka berdarah remuk redam hancur lebur. okay over =_='



Be Positive and Be The Real You, 
Mirra Miya



Saturday, 12 November 2011

Sebab Kenapa Saya Belum Kawen

Salam. Halu-halu !
Di awal pagi ahad ni , tetiba bangun awal sedang kan hari ni cuti. atas sebab? saket perot tahap melampau. 3x da pegi berjumpa mr. tan das. 

sambil bosan-bosan layan fesbuk yang tak brapa ada orang online , sekali lagi saya mendapat soalan cepumas yang dah jemu untuk didengar. eh silap jemu untuk dibaca.

"akak bila nak kawen?" - soalan dari adik-adik kat fb.
"mira bila lagi nak merasa nasi minyak?" - soalan dari kawan2 dan sedara mara.

Please la please la. Saya baru berusia 23tahun. bukan nya 32tahun. Saya mahu menikmati masa remaja dengan sukses nyaa! >,<

Oleh itu , saya akan senarai kan sebab-sebab kenapa saya belum berkahwin :

1. adik-adik saya belum habis belajar.

adik saya ni student uitm dlm bidang sport science. dea ni banyak perabih duit tiap-tiap sem nak beli beskal racing lajulaju lah , swimming suit ala-ala mak arab tu la , kayu golf buat maen kat padang golf esok lusa dengan Tansri sambil berbincang projek juta-juta , sport shoes untuk berlari , sport shoes untuk tracking lagi. (semua nya kena berlainan sebab apa tataw) dan banyak lagi lah dengan alasan untuk pelajaran dea. atas naluri seorang kakak sejati , saya nak pasti kan adik saya habis belajar dan keluarga takda beban yang berat baru lah saya kawen. 
 adik saya yang sorang lagi ni pun tak habih sekolah lagi. kadang-kadang saya kena hantar dan amik dea balik sekolah. kalau saya dah kawen , mana ada masa lagi nak buat tu semua. haa , acane dea nanti? nak suruh mak abah amek? jangan , diorang dah tua. kesian. tak baek susah kan. 

2. Duit dalam simpanan bank ada rm25 saja.  

 *gambar blur sebab rembat kat google*
 
 yang ni paling penting sebab nak kawen dah tentu la nak kena pakai duit yang banyak. tak kan lah nak harap kat boyf je carik duit sorang-sorang kan. nak hidup sama-sama. kesian dea. >,< dah tu kalau dalam bank ada rm25 je nak kawen cane?? kawen kat siam pun kena ada modal taw. bukan nak guna duit masa majlis je , duit untuk menjalani rumah tangga yang aman damai lagi kena lah ada duit. beli pinggan mangkuk jenama arcopal , perabot jati itali , karpet bulu-bulu tebal bila jalan tenggelam kaki , katil empuk bila tidur tak sedor diri lagi...ahh semua nya makan modal. >,<

3. saya belum ada kerja tetap. ( goverment lah kira nya )

dari kecik lagi saya diajar oleh abah untuk dapat kan kerja tetap dengan kerajaan. bukan maksud nya kerja swasta tu tak menjamin masa depan. tidak tidak. tapi disebab kan kiteorang bukan lah berasal dari orang yang berada jadi untuk menjamin masa depan yang cerah menerang kalah spotlight abah nasihat kan saya untuk dapat kan kerja tetap. *senang nak buat loan bank bila nak kawen atau pegi honeymoon*

 gambar orang kerajaan ehsan dari google.

4. saya tak pandai memasak.

pernah satu masa dulu waktu keluar dating dengan boyf , si dea tanya saya pandai masak apa? dengan yakin dan penuh semangat saya jawab pandai masak air , masak nasi pakai rice cooker , masak maggie curry , goreng ikan , atau pun yang lebih pandai buat sambal telur. >,< dengan wajah yang kelat-kelat masam si dea jawab. " ahh cancel macam ni ! pi belajaq masak dulu baru kawen! " fserta merta saya rasa kan langit menghempap kepala. bumi bergocang dengan hebat. apakah? tak pandai masak tak bole kawen lah kan. Ya , si dea memang kuat makan. bila makan nak kena suap kan. :) dea tamaw tiap hari makan nasi kandaq kat kedai mamak. nak tanak harus la belajar masak. dea memang sgt cerewet dengan makanan.
 macam ni lah yang dea nak. sekali hidangan kena ada banyak lauk-pauk. acane nak buat ni? huwaaa. T___T kena daftar masuk kelas masakan dengan mak dengan kadar segera!

5. Nak tunggu mak long saya sponser wedding day.

HAHAHAHA. yang ni paling tipu sekali. eh bukan . yang ni ayat nak pekena mak saudara yang selalu tanya bila nak kawen. kalau maklong sponser saya laju je setuju! sponser semua. confirm ! hahaha. merepek lagi lah aku weh.



haaaa. banyak kan sebab musabab yang saya kena tempuhi , sebab tu lah saya tak kawen lagi. tapi tapi tapi , dalam hati jugak cakap kalau dah jodoh dan seru datang dengan cepat saya redha je. siapa tanak kawen wehh! rugi ouh. member saya la cakap macam tu. 

what ever happen , saya akan tetap tunggu si dea jugak. lambat ke cepat biar lah masa yang menentu kan. kalau ada berita gembira mesti saya dengan kadar sepantas kilat akan bagitaw khalayak umum. ceh bajet artis . weee :))

satu hari nanti. InsyaAllah. 



Be Positive and Be The Real You
Mirra Miya

Friday, 11 November 2011

Key- Hell Derr..

Salam. Hallu-hallu !

Jelas terasa dikelopak mata ni bagai digam-gam gara-gara mengantok ya amat .
Tulun la paham.

Tiba kat umah dah hampir subuh 4.40am. ya betol ! memang saya sentiasa tengok jam sepanjang perjalanan malam semalam.11.11.2011 ( bantal bantal bantal. cepat lah sampai rumah. mengantok tak hengat donia )

weh , kenapa balik rumah lewat sangat? merayau kemana kah haa? 
Nak story-mory lah ni. sabo sabo.

Al-kisah nya semalam tepat jam 11.10am (Jumaat) kereta kembara kempunyaan BoyF dengan penuh laju dan gagah nya menjemput saya untuk menemani beliau ke KL. 

Motif nye? untuk menghantar kakak beliau balik ke sana. Ouh , orang ajak berjalan, KL pulak tu , nak tengok saja ke? tidak sama sekali. Memang pantang sangat! Pantang di ajak >,<

Apa lagi? dengan berbekal kan RM20 di dalam purse pink comel-comel colour favourite tu saya dengan yakin nye masuk ke dalam kereta. (betol weh saya bawak rm20 je pegi kl , kalo kena tinggal tepi jalan memang menangis lah nak balik rumah. T__T )

Sepanjang perjalanan , rasa sangat cool sebab duduk di seat belakang ditemani beg-beg baju bakal kakak ipar dan strawberry yang diorang shopping kat Cameron Highland beberapa hari sebelum nya. 

Namun ini bukan lah motif karangan panjang lebar saya hari ni. Klimaks kisah nya apabila sesudah menghantar kakak BoyF balik ke rumah beliau. Dengan inesen dan tak bersalah nya BoyF boleh bertanya " kita nak pegi mana? balik terus?"  Hey apa lah punya soalan daa. dah tentu nak pegi jalan. KL bukan nya belakang rumah boleh pegi tiap hari ! dengan senyum-senyum kambing saya menjawab " i-city i city ! " ( okay jelas kelihatan jakun disitu sebab memang tak pernah sampai kat i-city tuh! maklum lah saya orang kampung bukan nye orang key-hell T__T )

"eleh , dah agak dah ! jom , tapi kita tak tahu jalan" sambil memandu dengan kadar 30km/j. sungguh berhati-hati sebab takut tersalah jalan. " takpe takpe henpon canggih ada , guna lah! " lepas 5 minit godek-godek maps kat henpon canggih ,saya simpan balik dalam beg. Haremm tak pandai guna pun!

Dalam masa yang sama , berharap lah doraemon datang membantu. Mungkin dea ada alat canggih yang dapat membawa kami ke pintu masuk i-city. tapi mana mungkin yahh! dalam kepala hotak memikir-mikir jalan penyelesaian. Call lah sanak saudara rakan taulan sahabat handal semua yang ada di KL. tapi jawapan nye tetap sama, kami tetap juga SESAT. 

Ya ya ya ! kami sesat di KL. itu adalah kenyataan di sini. melilau-lilau di tengah kota raya metropolitan itu. masuk hiway sana sini. terbang rm10 saja semata-mata untuk bayaran tol. 

"ni percubaan terakhir , tak jumpa jugak i-city kita balik Penang ja!" BoyF dah buat suara ketat berbaur amaran tegas. dalam hati " ciss! tak dapat jugak nak masuk i-city dan bergambar gedik dengan lampu-lampu cantek kat sana." 

Ntah macam mana tetiba bole jumpa jalan nak ke Sunway Pyramid. Okay lah dari takde kan! dari penat duduk dalam kereta lama-lama. perut pun dah krookk krekk mintak di sumbat kan makanan yang banyak dan lazat. masuk je dalam perut singa kaki saya laju je mencari tempat makan. macam orang yang dah kebulur sebulan tak nampak makanan. 

 Burger King! haa. boleh lah! tak pernah rasa lagi. (ya memang agak slow sikit. sebelum ni tak pernah rasa nak cekik menatang burger tu ke dalam mulut) sekali 3 burger kiterorang beli. amek kaw! makan sampai muntah lagi. 

tak larat nak senyum dah masa ni sebab dah melantak sebiji setengah burger. hahah. makan makan makan.
nampak tak muka rakus menelan burger yang teramat lazat. makan sampai tak peduli dah foreigner kat sebelah. ahh. pedulik hape! aku makan bukan kau bayar. nyuumm nyyummm.

 




2-2 dah baut muka senyum tak ikhlas sebab perut dah tak tahan suruh sumbat makanan dengan gelojoh nya. ciisss !

Lepas candle-light dinner lah sangat tu , ingat kan nak terus balik Penang je. tapi sepupu pulak ajak lepak-lepak kat kedai mamak sambil usyar-usyar mamat hensem yang duduk lepak minum teh tarik. pheewiitt! lepas tu dapat lah sigungan hebat dari boyF kat sebelah. okay fine! >,<

Tepat jam 12.15am kiteroang pun bergerak keluar dari KL , slow-slow bawak kereta sebab mata da mengantuk , perut terlebih kenyang , badan dah lemah. esok boyF kena kerja lagi. pukul brapa nak sampai oii? Behenti rehat kejap pastu kena tukar driver. Puas kau seronok duduk belakang siang tadi kan? sekarang kau bawak kereta balik rumah! dengan muka yang ketat dan macam tapai basi , saya merelakan diri memandu kereta.
melalak kuat-kuat dalam kereta sampai kehabisan suara . sedar-sedar orang kat sebelah dah berdengkur hebat. krooiihh krrooiihh. huh! hampeehh! sebab tu lah pukul 4.40am sampai dirumah yang kuh sayangi. lalalala ~


okay cukup sampai sini. Bantal panggil suruh sambung tidur lagi. krooiihh krrooiihhh.
Be Positive and Be The Real You,
Mirra Miya