Followers

Monday, 18 February 2013

Ouh Eiffel Tower.

 
 
Assalamualaikum..
 
Pernah? pernah? Pernah apa? tetiba tanya pernah..
 
Pernah ke tengok cite indon tajuk Eiffel i'm in love?
 
best wehh.. ala yang diorang konon nya dah dijodohkan dari kecik-kecik.. pastu hero nye duduk kat Paris , heroin dea duduk kat Jakarta.. Bila jumpa, diorg suka gaduh-gaduh tuuu.. ingat tak ingat tak?
rugi siapa tak tengok..zaman gua sekolah dulu balik-balik sekolah campak beg terus on dvd cite nih taw.. now dvd tu dah hilang..
hurmm. sad life. :'(
 
Takkkk..
bukan cite tu yang menjadi persoalaan nya sekarang nih , aku nak cite pasal menara. tahu menara? tower. bukan towel lah. tower. eiffel tower.
Muda remaja macam aku ni, mesti ada keinginan nak ke Paris kan? Sapa dah penah pegi sila jangan ketawa kan aku. Wa debik lu kang.
Tak tahu la apa tarikan dengan menara tu sampai semua pasangan yang berchenta kemain gedik nak kesana.
MOTIF?? tak tahu. tapi aku pun kemain letak Paris-Eiffel Tower dalam wish list tempat yang aku nak sangat jejak.
apa ada kat sana? aku tak tahu. Sila tanya encik google atau pada manusia yang pernah kesana.
 
Idaman manusia ketika ini dan dari dulu kala. Ouh, eiffel tower..i'm in love..*tetiba*
 
 
tapi kenapa asal kan nak port ala ala romantic je mesti nak ke Paris yakni Eiffel Tower?kalo dah bab shopping tu aku faham lah kenapa nak ke Paris, tapi yang nak ala-ala romantik tu kenapa nak Eiffel Tower jugak-jugak?? Apa dalam Malaysia tak cukup?
 
Contoh nya macam ni :
 
 
Taw tak apa ni? Menara Aloq Staq habaq hang..
 
kenapa tak memilih lokasi romantik macam ke menara aloq staq jaa? cool apa weh. Sila jangan kutuk aku. aku pernah ke sini. dua kali oke. dua kali.
aku bangga apa. heh.
sekali masa form1. lawatan sekolah. sekolah korang ada? heh.
kali kedua masa..ermm..baru lagi dalam bulan 12 ke 1 ntah..
ada la kenangan nya tapi aku tak bole nak share gambar tu kat sini.
Cool wehh, sama je aku rasa macam eiffel tower sebab bole naik lift tinggi-tinggi pastu tengok pemandangan. oke foine.
memang pemandangan tu berbeza, tapi kita tetap dibawah 1 langit yg sama. *tetiba* maksud aku, kau tetap nampak langit dan matahari terbenam.. See, memang cool. aku tengok matahari terbenam masa tu.. SubhanaAllah ciptaan Allah tu sangat indah..
Ada restoran berputar. oke, yang itu aku tak masuk. Ntah kenapa masa tu excited sangat dok teropong-teropong orang dan tak rasa nak masuk restoran berputar tu pun.
So, sila la kunjugi Menara Alor Star untuk feeling-feeling romantik sambil melihat pemandangan milik Allah yang maha hebat.
 
Tak puas hati lagi?
Ouhh jauh ekk nak pegi Kedah?
takpe takpe, ada lagi menara-menara yang best kat Malaysia..
Jap ekk..
 
 
Taraaaa.. Menara condong Teluk Intan..
 
Terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Yes, tanah tumpah nye negeri kelahiran dahku.
Tapiiiiiii.. sila jangan marah, aku pun tak penah sampai lagi kat menara nih. kihkihkih. Negeri lain ade ke menara condong cenggini? takde kannnn? hiks!
Aku suka menara ni sebab bila aku tengok, kepala aku pun mesti condong sekali. Motif? Ntah. Nak tahu, jom kita pegi ! pun bole tengok pemandangan yang indah cuma tak la sampai setinggi Eiffiel Tower tu. tapi cool what , Paris takde menara condong.. huu~
 
 
 
Aku rasa ni point paling besar. KLCC. ni kan kebanggaan negara.
 
Apa salah nya weekend je nak amek mood romantik pegi jelah KLCC.. kalo nak tengok ramai mat bangla, nepal , myanmar melepak pun bole jugak... =.='
dan juga menipis kan poket pun bole kat cni..
tak ke sama je macam eiffel tower?? Tak jugak? tak sama jugak? pedulik ~~
 
Moral of the story , pergilah kemana pun korang nak pegi sebab bukan nya pakai duit aku. wakakakaka.
tak tak..
Pepatah kata : jauh perjalanan luas pemandangan. So tak salah. Aku tetap jugak nak ke Eiffel Tower tapi selepas aku dapat ke Mekah. InsyaAllah. ;)
 
 
 
Be Positive and Be The Real You,
MirraMiya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, 14 November 2012

Susah nya :(


Assalamualaikum..
Guys , susah nya nak mencari kerja yang sesuai dengan diri nih.. Haih , dah nak hujung tahun ni tapi aku tak dapat lagi kerja tetap yang terbaik dan termantop untuk masa depan aku.. 
haih , letih taw dah berpuluh tempat dah aku pegi apply dan sent resume tapi semua nya belum ada feedback ! homaigoshh , what am i gonna do nooowww? 
kekadang rasa macam indah nya kalau tak perlu kerja. Lepak - lepak umah dan dapat duit setiap bulan. Boleh makan sampai boncet , online sampai juling , tengok tv sampai lebam.. homaiii.. tapi apa kan daya.. mana boleh macam tu.. =='
Tapi yang pasti , keja tetap setiap bulan aku adalah pegi bank dan bayar kan installment kereta si dea dan bill telephone dea setiap bulan.. lepas tu dapat upah rm20.. hee :) best kan kan kan? 
kawan-kawan , doa kan aku cepat dapat kerja yea?! 




much love , 
MirraMiya

Monday, 24 September 2012

SAHABAT.




Assalamualaikum..

SAHABAT. FRIEND. KAWAN. TEMAN, 
PERSAHABATAN . FRIENDSHIP.

Kekadang tu aku terfikir macam mana orang lain menilai erti persahabatan?
bagi aku , sekali aku bersahabat, selama nya dea akan menjadi sahabat aku. 
ouh, betul tak tipu. 

Macam zaman tadika dedulu. aku ada tiga empat orang kawan. dulu pegi tadika jalan kaki je. konvoi reramai kat tepi jalan. ada la dalam 200meter dari rumah. dulu sepanjang jalan raya ade la pokok bunga ni aku tak ingat apa nama nya. dea colour merah. boleh hisap madu dari bunga tu. Syok weh! sepanjang jalan kutip bunga tu dan hisap madu. Mak aku tataw aku buat kerja nih. Bila dah gaduh dengan geng konvoi-jalankaki-pegi tadika aku jalan sensorang je. bunga pun aku dah tak kutip. tak tahu apa motif. gaduh pagi , kang petang baik balik sesama main pasir kat depan rumah. kahkahkahkah. 

Zaman sekolah pulak paling adventure, ade geng sangat ramai. celebrate birthday main baling-baling tepung dan curah air. makan-makan. masa tu itu lah party yang sangat havoc okay! lepas sorang-sorang birthday kteorang celebrate. Aku siap buat banner besar-besar lagi. Tapi lepas ada salah faham. Kteorang dah makin slow. Sampai dah dekat nak spm , kawan balik macam biasa dan sampai sekarang. 

Zaman belajar kat polytechnic pulak lagi best ! Kenangan macam-macam. Kawan yang suka pengsan, nak ambil perhatian dari lelaki. Huishh , sangat letih nak melayan taw! Kteorang ada satu group yg di nama kan RSG. ahh tak payah cerita la mana dapat nama RSG tu. Dulu dengan kawan-kawan nih la sesama kena marah dengan lecturer sebab bising , tak siap assignment, main dalam kelas. bhahaha. dengan kawan-kawan ni jugak aku menangis meraung sesama bila ada problem. dengan kawan-kawan ni jugak aku overnite tak tido malam takde motif pegi merayau kat bandar ipoh dan tengok bapok. Kahkahkah. Tak senonoh. Kteorang selalu share hobi yang sama. Suka makan chezzy wedges sesama. tengok movie korea sampai tak siap assignment. Bhahahaha. Bila memasing dah berpisah tapi kteorang tetap Super-duper-friendship ever! Pernah saket hati , pernah menangis tapi tak pernah berdendam. tetap jugak kawan sampai bebila even masing-masing dah jauh. 

mungkin susah nak mencari sahabat. nak mencari teman memang senang. Yang boleh terima diri kita seada nya. Macam diri aku pulak cepat sayang kan kawan-kawan. Masalah orang aku sibuk nak menangis sesama. Wuwuwuw~ 

Aku percaya , dengan keihklasan berkawan dengan cara apa pun , kenal dengan cara macam mana pun kalau masing-masing ikhlas mesti persahabatan akan kekal. Menerima diri seseorang seada nya seperti orang lain menerima diri kita. Itu yang penting ;) 


**siapa nak jadi kawan shaye?? angkat kening ^^

Wednesday, 12 September 2012

Kembali nya Ke Sini




Assalamualaikum..

Keji nya rasa membiar kan 7 bulan blog berhabuk hebakk sedemikian rupa. Maaf kepada followers ( ahh, betapa keji nya lagi rasa dengan baris ayat nih) sebab dah lama sangat tak hapdet blog. Komitmen terhadap kerja terlalu tinggi. Zzzz krrooih kroiih 


Sila jangan percaya dengan kenyataan di atas. Yup , memang betul akibat kerja yang tidak menentu kehalaan maka haku tak sempat nak meng-update. Dari Penang Darul Hotnes ke Key Hell Darul Godjes maka memang tak ada masa yang spesific untuk haku merepek kat sini. Setelah di pertimbang kan akibat di kritik hebakk oleh pembaca tegar kerana aku membiar kan blog tak di update , maka nya hari ini dengan rasmi , aku akan menconteng dan terus menconteng di blog haku sendiri. 

Sekian, terima kasih. Bhahaha. 

Tuesday, 7 February 2012

Biar Aku Sendiri


Assalamualaikum..

Kadang-kadang sepi itu perlu..
kadang-kadang mendiam diri itu juga perlu..


Kadang-kadang sunyi itu indah..
Kadang-kadang sendiri itu juga indah..


Beri kan aku masa .

Beri kan aku ruang .

Untuk hubungan ini .

Untuk yang terbaek untuk kita .


Be Positive and Be The Real You ,
Mirra Miya.






Monday, 6 February 2012

Ketidaksukaan .


Assalamualaikum..

Korang pernah tak terpaksa buat benda yang korang memang tak suka nak buat??
Bukan benci lah tapi menyampah dan rasa benda ni remeh..
dan kadang kala benda nih jadi habit atau tabiat tak ketahuan hala korang.
pernah pernah pernah??

Ya ! aku pernah !
Aku tak suka pakai seat belt !
Diulangi .
Tak suka tak suka .
Sebab rasa macam sesak napas bila pakai seat belt .
Tapi lebih sesak napas aku bila kena saman .
huh !
Tahu tak seat belt tu penting?
tahu . tapi tetap tak sukaaaaa..


okay , nih bukan part tak suka tapi part MALAS nak buat.
aku sangat malas nak isi minyak kereta ,
Kalau boleh nak ke mana saja pun aku nak minyak kereta sentiasa penuh .
Tak pun bila minyak kereta dah habis , kereta aku bergerak sendiri pegi isi. 
huhuhuhuhuh..
Boleh tak macam tu??
tak tahu lah kenapa selagi tak kering tank minyak aku , selagi tu aku gigih kan diri memandu sampai ketahap dah nak kering kontang.
memang malas ya amat .


Aku sukaaaa minum nescafee .
tapi , aku hanya akan minum sorok-sorok tanpa pengetahuan mak !
sebab mak paling marah kalau aku minum nescafee ,
dea akan pesan kat semua orang jangan bagi aku melantak nescafee walau seteguk .
kata mak nanti migraine aku tanpa segan silu menjengah .
Kenapa yea?
Yang mak tak bagi tu lah aku suka buat .
yang mendatang kan penyakit tu lah aku suka jugak .



Be positive and Be The Real You , 
Mirra Miya.

Sunday, 5 February 2012

Kehidupan.

Assalamualaikum..


Picture nih takde kena mengena dengan entry yang aku nak type hari ni..
wuhuhuhu.. ~

Mejengah keluar jendela .
Huish , panas kemain .
Tak jadi nak amek port melangut di petang hari .

haish .
kenapa lah manusia harus melalui kedewasaan .
Kan indah kalau sentiasa kat zaman kanak-kanak .
Tak payah fikir masaalah .
Tak payah fikir macam mana nak ambil hati orang .
Nak fikir macam mana nak buat kehidupan lebih selesa dan lebih baek .

Tak perlu nak menangis di malam hari .
Tak perlu nak sedia kan kertas kajang demi nak buat kira belanjawan kahwin .
Tak perlu dapat mesej dari kawan " hoi , bila nak bayar hutang "
Tak perlu nak ada stalker tegar yang sentiasa memberi kritikan .

Ouh Indah nya kalau hidup tanpa masaalah .
mana mungkin .
kita kan hamba Allah .
Ada hikmah di setiap kejadian .


Be Positive and Be The Real You , 
Mirra Miya